Monday 2 April 2012

ISMAIL MINA : KENYATAAN ANWAR BERTENTANGAN AKIDAH ISLAM




AIDCNews  – “Tindakan melabelkan program keilmuan sebegini dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim..kata dia usaha jijik politik menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat.
“Sebenarnya, kenyataan yang sangat anti-akidah, menghina Islam serta satu pengkhianatan kepada usaha untuk menyemarakkan wacana keilmuan Islam menerusi kegiatan ilmiah”, kata Ustaz Ismail Mina, Presiden MUAFAKAT.
Tuan Haji Karim Omar yang membacakan kenyataan PEMBELA menegaskan perlembagaan persekutuan telah menjamin penganjuran seminar seperti ini berdasarkan perkara 11 (4) yang mewartakan agama Islam sebagai agama persekutuan dan tidak boleh dipersoal mana-mana pihak.
“Justeru penganjuran seminar seperti ini berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan dan tidak seharusnya dimomokkan sebagai usaha untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan masyarakat awam”, katanya.
Menurutnya, urusan hal ehwal Islam perlu diselesaikan di kalangan umat Islam sendiri.

No comments: