Tuesday 3 April 2012

DATUK K TERTEKAN..???


PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K agak tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan.
Siti berkata, disebabkan suaminya seorang ahli korporat, beliau sering berjumpa dengan klien dan mereka kerap bertanyakan desas-desus berkenaan sehingga membuatkan fikiran Datuk K benar-benar terganggu.
“Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan,” ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza – Istimewa Hari Ibu di sini pada Isnin.
Beberapa blog hiburan sebelum ini menyebarkan kononnya Datuk K bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan.
Rozita dalam masa sama turut menepis fitnah tersebut dan menganggap ia bertujuan untuk mengaibkan dirinya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia mempercayai keikhlasan Datuk K dan tidak pernah mempunyai perasaan curiga kerana mereka sering bersama.

1 comment:

Juventus Loculus said...

scam..!! Sila jangan tertipu oleh pelaburan ini..