Wednesday 28 March 2012

PEMUDA PAS TAK SEHALUAN DENGAN HADI AWANG..???



Sebelum ini, Presiden PAS, Hadi Awang telah berkata bahawa bekerjasama dengan bangsa Yahudi terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan.


Baca... DI SINI


Namun... Pemuda PAS pulak memberikan pendapat sebaliknya....



AIDCNews – 27/03/12 – Ketua Dewam Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan berkata fatwa semasa hari ini kebanyakan mengharamkan berurusniaga dengan Yahudi, walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.
“Ulama’ telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.
“Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama’ berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka”, katanya dalam blognya, eperjuangan.com.
Menurutnya pada asalnya hukum berurusniaga dengan Yahudi adalah harus kerana Rasulullah saw pernah mempratikkannya satu ketika dahulu, namun dalam perkembangan semasa hari ini, Yahudi yang membunuh ummat Islam Palestin, merampas tanah mereka dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam di sana, maka haram berurus niaga dengannya.
Apatah lagi perihal Yahudi itu sudah termaktub dalam Al Quran.
“Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.
“Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. ”
“dan sekali – kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka ”
“Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam”, katanya.
**** Apa sudah jadi..??? Mana satu yang betul ni..???
           

Kiri  - simbol yahudi, tengah - simbol zionis dan kanan - simbol israel >>> APA BEZANYA???

No comments: