Wednesday 28 March 2012

MENGAPI-APIKAN KEBENCIAN KAUM BOLEH DIPENJARA.???!!!


LONDON - Seorang pelajar universiti semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 56 hari setelah didapati bersalah mengapi-apikan kebencian kaum ke atas pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba menerusi komen di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Mahkamah Majistret Swansea menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Liam Stacey, 21, setelah pihak polis sebelum ini menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan komen yang dibuat pelajar Universiti Swansea itu ketika Muamba diserang sakit jantung dalam perlawanan Piala FA ketika Bolton menentang Tottenham pada 17 Mac.

Hakim, John Charles memberitahunya: "Pada pandangan saya, tidak ada alternatif kepada hukuman penjara serta-merta.’’

Mahkamah diberitahu bahawa ketika ditangkap, Stacey mengaku bersalah dan berkata dia mabuk pada ketika itu. - REUTERS

*** Di Malaysia...bagaimana??

No comments: