Tuesday 20 March 2012

LGE DIDESAK HENTIKAN PROJEK!!!

BUKIT MERTAJAM  - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta menghentikan projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan kerana ia mengancam keselamatan penduduk di situ.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, pembinaan loji tersebut akan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima bantahan daripada nelayan dan pengusaha makanan laut yang mendakwa kehidupan mereka akan tercemar dengan sisa toksik apabila loji panel solar dibina di situ.

"Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat negeri ini, sepatutnya mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek itu.

"Pembinaan loji panel solar itu amat serius kerana kita ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini.

BACA SELANJUTNYA DI  UTUSAN MALAYSIA

No comments: