Wednesday 14 March 2012

JANGANLAH SOMBONG SANGAT...!!!

LIM Guan Eng selalu menganggap dirinya bijak. Sikap kiasunya cukup menebal. Cakap tak serupa bikin. Dulu dialah juara yang menentang projek-projek mega yang dianggapnya sebagai membazir.

Bapanya, Lim Kit Siang pernah menentang projek lebuh raya PLUS, sehingga sanggup memandu tanpa membayar tol. Bapanya itu juga yang menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang dan projek kereta nasional, Proton.

Kini anaknya telah diangkat sebagai Ketua Menteri. Semua orang dianggapnya salah. Beliau sahaja yang betul.

 

Sehinggakan teguran kini tidak boleh lagi didengari. Jika kena tegur beliau akan melenting. Mana-mana media yang mengkritiknya akan dikenakan tindakan, sama ada disisih, diboikot dengan pelbagai tuduhan.

Paling kemuncak adalah menyaman media itu. Itulah cara Ketua Menteri yang dinaungi oleh DAP mentadbir. Mungkinkah beliau meniru apa yang dilakukan oleh pengasas PAP, Lee Kuan Yew di Singapura?

Atas sebab keras kepalanya, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mengingatkan Guan Eng supaya jangan menganggap diri terlalu berkuasa umpama tuhan atau malaikat.

Mohamed Idris sebelum ini mengkritik kerajaan Guan Eng kerana gagal melakukan proses rundingan awam membabitkan cadangan beberapa projek mega yang akan dilakukan.

Kritikan Mohamed Idris itu kemudian dibalas balik oleh Guan Eng dengan menuduhnya sebagai ‘‘tidak faham’’.
Wahai Guan Eng, janganlah sombong sangat.

Awang Selamat

No comments: