Friday 9 March 2012

ANWAR : BROKER & BONEKA KUASA ASING DI MALAYSIA...!!!

EDISI 1.... (MUKADDIMAH)



Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan asing dalam sistem demokrasi di 
negara ini merupakan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar menyifatkan Ketua Pembangkang itu telah menjadi broker kepada kuasa asing yang seterusnya boleh membawa keadaan kucar-kacir di negara ini.

"Kalau kita tengok balik sejarah, Melaka tidak akan tumbang sekiranya tiada pengkhianat yang membukakan pintu kepada Portugis.

"Sekiranya Anwar dapat memerintah pun, dia tidak lebih daripada menjadi boneka kepada kuasa-kuasa asing yang sebelum ini dia minta campur tangan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan dua pucuk surat yang didakwa ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada tahun 2007 bagi meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



EDISI 2... (ISI-ISI PENTING)..... petang ni.....


No comments: