Sunday 12 February 2012

WHITNEY HOUSTON : HAYATNYA HANYA SAMPAI 48 TAHUN......


Ratu muzik pop, Whitney Houston yang terbabit dalam penggunaan dadah meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 48 tahun.
Polis Beverly Hills, Leftenan Mark Rosen, berkata Whitney disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.
Mayatnya kini masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematian.
Pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui. – AP
Diva Whitney Houston Meninggal Dunia
Penyanyi diva terkenal, Whitney Houston dilaporkan meninggal dunia seorang diri ketika ditemui salah seorang rakan terdekatnya di tingkat empat kamar hotel, Beverly Hilton, pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.
Menurut sumber, rakan Whitney kemudiannya menghubungi paramedik 911 yang bergegas datang ke hotel berkenaan dan berusaha memulihkan beliau melalui kaedah CPR namun cubaan tersebut gagal.
Paramedik 911 kemudiannya mengesahkan kematian penyanyi yang bersuara emas tersebut.
Pegawai koroner, Ed Winter, yang menyiasat kematian Whitney memberitahu bahawa terlalu awal untuk mengenal pasti punca-punca kematian penyanyi wanita berkulit hitam itu.
“Belum pasti, masih diperingkat awal penyiasatan dan terlalu awal untuk memberitahu punca kematiannya,” katanya yang dipetik dari TMZ.com.
Dalam kejadian sebelum itu, Whitney dikatakan telah menyertai rakan-rakannya di satu parti santai di hotel tempat beliau menginap pada malam itu dan dikatakan dalam keadaan sihat sahaja.
Rakan-rakannya, Dionne Warwick dan Cissy Houston yang turut berada di parti itu mengesahkan perkara tersebut.
Sementara itu, bekas suami Whitney, Bobby dilaporkan agak bingung dan sedih atas kematian penyanyi itu serta dilihat keluar masuk di hotel tersebut sambil menangis teresak-esak.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan waran untuk menggeledah di bilik hotel Whitney ditemui meninggal dunia dan para penyiasat dijangka mencari dadah yang dikatakan menjadi punca utama kematian mengejutkan penyanyi tersebut.
Sebelum ini, mendiang dikatakan berhempas pulas selama bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah ketagihan dadah yang agak kronik.
Whitney dikatakan telah keluar berseronok bersama teman-temannya di Hollywood pada malam Khamis lalu dan sempat mencapai mikrofon untuk mendendangkan sebuah lagu yang merupakan persembahan terakhir di dalam hidup beliau.
Untuk rekod, penyanyi di kelas yang tersendiri ini pernah menggondol dua Anugerah Emmy, enam Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik America ketika berada di kemuncak kariernya.
Selain itu, beliau juga merupakan penyanyi wanita pertama yang berjaya mengungguli Carta Billboard Amerika di kedudukan no.1 dan sebanyak 200 juta albumnya terjual di seluruh dunia.
Whitney meninggalkan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina, hasil perkahwinannya dengan penyanyi R&B terkenal, Bobby Brown, pada tahun 1992 sebelum berpisah pada tahun 2007.
Berikut adalah persembahan terakhir Whitney yang sempat dirakam pada Khamis lalu;
*** Pengambilan dadah berlebihan..???

No comments: