Sunday 12 February 2012

DEMO DI KEDUTAAN SYRIA : PAS KINI CIKARO YAHUDI..???!!!



Kami sebenarnya tidak berapa faham apakah tujuan sebenar PAS-PKR dan ABIM berdemo di hadapan Kedutaan Syria semalam. Adakah mereka benar-benar faham apa yang sebenarnya sedang berlaku di Syria ketika ini?

Adakah mereka mengkaji terlebih teori domino yang sedang melanda negara-negara Arab ketika ini? Tidakkah mereka mengetahui bahawa satu persatu Kerajaan Arab yang tumbang (atau ditumbangkan oleh Barat) merupakan kuasa-kuasa Asia Barat yang sebelum ini berkeupayaan mengekang Israel? Dan kerana teori tersebut jugalah, hanya tinggal Iran sahaja yang boleh diharapkan untuk mengimbangi pengaruh dan kuasa Zionis di rantau Timur Tengah ketika ini.

Jikalau PKR dan Abim yang turun berdemo, memanglah kami faham benar. Anwar yang menubuhkan Abim dan PKR telah dibuktikan berkali-kali (samada secara sengaja atau tidak) sebagai agen Yahudi dan Barat. Maka tidak menjadi satu perkara yang pelik sekiranya mereka turun berdemo di hadapan Kedutaan Syria dengan membawa slogan-slogan yang selari dengan kuasa Barat!

Tetapi apa pula ceritanya dengan PAS ini?!! Jikalau satu ketika dahulu, merekalah yang paling lantang melawan US dan Israel, tetapi kini mereka pula yang menyediakan bala tentera bagi memanjangkan agenda Zionis itu. Apakah kerana parti tersebut tidak lagi dikuasai oleh golongan ulama'? Yalah, siapa lagi kalau bukan Timbalan Presiden mereka yang ditaja DAP yang menjadi pencatur gerakan demo-demo jalanan ini.

Maka, rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu seharusnya menyedari akan perkara ini. PAS bukanlah lagi parti yang tegar memperjuangkan Islam. Malah, kami boleh menjamin  tiket anda ke Neraka jika mengundi parti tersebut selepas ini. PAS kini lebih hina daripada jalang-jalang yang menghuni lorong-lorong gelap yang berlendir!

Seperkara lagi, tindakan fuckatan masuk campur dalam hal ehwal urusan negara luar boleh mendatangkan masalah kepada negara. Rakyat Syria yang patriotik tidak kenal PAS, PKR mahu pun ABIM. Pada mereka, semua rakyat Malaysia serupa sahaja. Apa akan berlaku jika ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk mengebom aset negara di sana atau mengganggu gugat keselamatan rakyat Malaysia (terutamanya para pelajar) dengan anggapan bahawa Malaysia juga kini berpaksikan Barat dan Yahudi?!!

Adakah fuckatan akan bertanggungjawab jika perkara di atas berlaku?!!

Nasihat kami, hentikanlah dahulu dasar penindasan halus dan terancang rakan fuckatan mereka, iaitu DAP terhadap orang Melayu/Islam di negara ini sebelum boleh hendak menyibuk dalam urusan orang lain! - MYMASSA

No comments: