Tuesday 21 February 2012

MALAYSIA ADA HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL..???

Hanya kerana 2 kapal dagang yang kononnya dari Israel berlabuh di Pelabuhan Kelang...Kecoh di kalangan cai-cai PR yang mendakwa Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel..!!!


Dua buah kapal dagang yang dimaksudkan adalah  ZIM Atlantic dan ZIM U.S.A. berlabuh di Pelabuhan Kelang...



Mereka seolah-olah cuba menutup pekung Anwar yang membuat kenyataan menyokong Israel baru-baru ini dengan menimbulkan fitnah ini... Mereka berterusan mendakwa bahawa Malaysia menjalankan hubungan dagang dengan Israel dan mendakwa dua kapal tersebut datang terus ke Malaysia dari Israel...

Di sini eXception ingin memberitahu... Memang benar dua kapal dagang itu milik syarikat perkapalan ZIM. Dan memang benar syarikat ZIM itu merupakan sebuah syarikat yang dipegang oleh syarikat Ofer Group yang merupakan pemegang syer terbesar Israel Corporation... Hakikatnya ZIM BUKAN DIMILIKI OLEH KERAJAAN ISRAEL... Walaupun Ofer Group berpangkalan di Haifa, Israel...

Malah...

Dua buah kapal dagang itu bukanlah terus dari Israel menuju ke Malaysia... Hakikatnya... Kapal dagang tersebut hanya membawa barangan dagangan dari negara-negara pengeksport dan dihantar ke negara-negara pengimport... Sebagai contoh Kapal ZIM Atlantic adalah dari Xiamen, China kemudian singgah di beberapa negara termasuklah India, Jerman, United Kingdom, Belgium, Belanda, Cyprus dan termasuklah Israel sebelum kembali semula ke Xiamen...

Hakikatnya kapal ini membawa barang dagangan dari negara lain singgahannya selain dari Israel yang dieksport ke Malaysia...

Jadual perjalanan ZIM Atlantic bagi urusan Import



Jadual perjalanan ZIM U.S.A. bagi urusan Export

Ini sangat jelas blogger-blogger hanjing PR seperti Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka memutar belitkan fakta sebenar... Baca sendiri antara kenyataan Anak Sungai Derhaka di dalam blognya...

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media propaganda United Malays No Otak, Umno menyerang Anwar Ibrahim kononnya beliau menyokong Israel, sepatah kenyataan beliau diputar belitkan siang dan malam.

Namun hakikatnya, ini semua sekadar sandiwara untuk menutup hubungan dagang mereka dengan Israel. Depan rakyat mereka berlagak jadi hero Palestin, berlagak anti Israel untuk meraih undi Melayu, tapi di belakang? Ptuih!


Anak Sungai Derhaka dengan sengaja cuba memfitnah Kerajaan Malaysia atas niat yang jahat kononnya Kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel... Sedangkan hakikatnya kapal dagang tersebut hanyalah sebagai vessel atau pengangkutan barangan yang dieksport dari negara lain selain dari Israel ke Malaysia...

Malah Milo Suam juga tanpa segan silu turut memutar belitkan fakta sebenar...

Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Pasti Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka akan TERKANTOI apabila eXception tunjukkan jadual perjalanan kapal dagang ini... Seperti mana terkantoinya mereka apabila terbukti tiada penyelewengan berkaitan dengan NFC...

Apapun... Kepada Anak Sungai Derhaka dan Milo Suam, teruskanlah memfitnah... Kerana setiap fitnah anda... Bakal dikantoikan berulang-ulang kali oleh KAMI blogger-blogger pro BN...

Sumber Fitnah

Video : Adakah Anwar yang membenarkan Kapal Israel ini berlabuh di Malaysia?

Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)



Sumber Fakta

Port Kelang Import Schedule (Serch for ZIM Atlantic)

Port Kelang Import Schedule (Search for ZIM U.S.A.)

Voyage Details ZIM Atlantic

Voyage Details ZIM U.S.A.

ZIM Management



No comments: