Tuesday 21 February 2012

APA KATA TOKOH AGAMA MENGENAI SOKONGAN KEPADA PAS..???

KOTA BHARU 20 Feb. – Seorang tokoh agama di negeri ini berpendapat, adalah berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi untuk menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, beliau sangat kecewa apabila pemimpin Pas yang selama ini lantang bercakap menegakkan Islam dan menuduh UMNO memperjuangkan kebangsaan, kini bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.
“Saya sangat-sangat kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang bercakap menegakkan Islam, tetapi menipu diri sendiri apabila masih lagi bersama Anwar yang menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel, seteru umat Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas pendirian Pas yang terus menjalin kerjasama dengan Anwar dalam pakatan pembangkang di sebalik kenyataan Ketua Pembangkang itu kepada akhbar The Wall Street Journal, menyatakan sokongan terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Mengenai cadangan tokoh akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid supaya Pas mengambil alih kepimpinan pakatan pembangkang daripada Anwar, Abdullah berpendapat, perkara itu mustahil kerana ia sudah tentu mendapat tentangan daripada DAP - UTUSAN MALAYSIA

No comments: