Tuesday 28 February 2012

250 KAMPUNG DI PERAK AKAN NIKMATI 'KAMPUNG TANPA WAYAR' SEBELUM 2013


Sebanyak 140 buah kampung di Perak akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 250 buah kampung tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Katanya, pada peringkat pertama, sejumlah 192 kampung di negeri itu sudah dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar manakala untuk peringkat kedua pula, 15 buah kampung telah menikmati kemudahan sama.
“Untuk peringkat ketiga ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memproses tender untuk menyediakan kemudahan jalur lebar kepada 140 kampung di Perak.
“Jika ini dapat dilaksanakan kelak, jumlah kampung tanpa wayar di Perak meningkat kepada 250 buah dan apabila siap sepenuhnya, kita akan lihat dan kaji kawasan lain pula menikmati kemudahan jalur lebar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Pulau Pangkor, pagi ini.
BERITA SETERUSNYA....
DI SINI    
*** termasuk kampung teman le tu.... Alhamdulillah.... terima kasih MB....

No comments: