Wednesday 4 January 2012

VIDEO PDRM MENGENAI DEMO UPSI..... POLIS BELASAH SISWA..?????

Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.

Video berkenaan dimuat-naikkan di YouTube oleh pengguna yang menggunakan nama PDRMsia. Durasi setiap video adalah antara satu dan dua minit setengah. Semua empat klip video ini bermula dengan satu kenyataan berikut: "Kepada semua rakyat Malaysia, adakah anda inginkan bakal pemimpin yang sebegini?

“Kepada para ibu bapa, adakah anda ingin melihat anak-anak anda terlibat dengan kegiatan sebegini? “Kepada para pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini? "

Rakaman menunjukkan kelakuan sekumpulan pelajar di pintu utama ke UPSI pada malam menjelang Tahun Baru 2012. Ia juga memamaprkan usaha seorang pegawai polis cuba berunding dengan pemimpin pelajar supaya mereka bersurai dalam masa 15 minit, tetapi diengkari pelajar berkenaan.

Sebaliknya, pelajar dilihat tidak mematuhi arahan itu dan mencemuh polis.





No comments: