Monday 30 January 2012

KETUA POLIS NEGARA MENINGGAL DUNIA..???

Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar dikhabarkan meninggalkan dunia awal pagi ini di London. Khabar angin berhubung kematian itu mula tersebar sekitar pukul 3 pagi ini melalui khidmat pesanan ringkas ( SMS) dan di laman sosial.


PDRM Nafi KPN Meninggal Dunia

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia  (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan  menafikan khabar angin tersebut.

PDRM melalui laman sosial Facebook berkata,  khabar angin tersebut adalah tidak berasa sama  sekali.
“Khabar angin yang mengatakan bahawa Ketua  Polis Negara telah meninggal dunia di London  adalah tidak berasas sama sekali.
“Beliau (Ismail) dalam keadaan baik dan berada di  sana (London) bagi lawatan kerja bersama Polis  United Kingdom,” menurut kenyataan yang dimuat  naik pada pukul 9 pagi ini.
Berikutan penafian tersebut, rakan laman sosial  PDRM bertindak mengecam pihak yang menyebar  khabar angin tersebut.
Pada masa sama, mereka juga berdoa supaya  Ismail berada dalam keadaan sihat dan  dipanjangkan umur untuk terus memimpin  PDRM. – mynewshub.my

No comments: