Saturday 17 December 2011

SPONSOR DAP..???

PANAS. Inikah Taikun Cina Yang Membiayai DAP?

Siapa taikun Cina ini?


Apa hubungannya dengan Guan Eng sampai Guan Eng terpaksa campurtangan dalam hal MPPP

Kalau nak tahu, sila baca artikel yang ditulis oleh blogger Helen Ang
(http://helenang.wordpress.com/2011/12/16/spice-dr-lim-mah-hui-harus-speak-up-demi-kepentingan-awam/).

sPICE: Dr Lim Mah Hui harus bersuara demi kepentingan awam 

Kerajaan negeri Pulau Pinang sering mencampur tangani urusan majlis perbandaran. Begitulah pendedahan oleh seorang kaunsilor MPPP, Lim Boo Chang.

Boo Chang berkata kelmarin campurtangan pentadbiran Lim Guan Eng telah menjejaskan autonomi dan integriti MPPP. Tambahnya lagi, sesebuah majlis perbandaran itu bukan berupa suatu jabatan atau badan kerajaan yang wajar diarah supaya mengikut telunjuk orang kuat pentadbiran negeri.

Namun pada hakikatnya, ahli-ahli majlis masih dicalonkan dan dilantik oleh parti pemerintah. Manifesto PRU12 Pakatan Rakyat yang menyatakan kaunsilor bakal dikehendaki bertanding kerusi dalam pemilihan umum tinggal janji kosong.

Boo Chang meletak jawatan sebagai kaunsilor pada hari Rabu (Dis 14) dengan menjelaskan bahawa faktor tiada ketelusan dalam projek mega Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) antara satu sebab beliau menarik diri.

Mengikut laporan
 FMT (Dis 15):
“Lim [Boo Chang] said sPICE was a perfect example of how intimidating Guan Eng’s administration can be. Lim also revealed that Guan Eng had used arm-twisting tactics to intimidate councillors, including him, for opposing sPICE.”

Baca: 

Penang govt bullying municipal council
‘Tee Beng quit due to Guan Eng’s arrogance’

Boo Chang merupakan kaunsilor di bawah kuota PKR. Hanya beliau berserta Dr Lim Mah Hui – seorang kaunsilor MPPP mewakili NGO – yang cukup bertanggungjawab membantah perjanjian sPICE.

Menurut Boo Chang, ahli-ahli majlis hanya dimaklumkan tentang pengesahan perjanjian di antara MPPP dan Eco-Meridian Sdn Bhd (anak syarikat SP Setia Bhd) dua hari sebelum ia ditandatangani. 



Tan Sri Liew Kee Sin (gambar dipangkah merah) ialah CEO dan presiden SP Setia -- digambarkan dengan taikun pemaju hartanah yang lain, antaranya Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Land), Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI), Tan Sri Tan Boon Seng (IJM), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway), Tan Sri Danny Tan (Dijaya) 

Permintaan beberapa orang kaunsilor supaya diberikan salinan kontrak sPICE tersebut untuk dikaji telah ditolak oleh pengerusi MPPP, kata Boo Chang. 

“Until I resigned yesterday, the councillors have not received the copy, which they are entitled to. 

“All these interference in council’s autonomous position reflect the state government abusive attitude,” tambahnya lagi. 

Hanya dua orang sahaja, iaitu Lim Boo Chang dan Dr Lim Mah Hui, di kalangan 24 orang ahli majlis – 10 DAP, 8 PKR, 2 PAS dan 4 NGO – yang melahirkan rasa waspada mereka. 

Amalan DAP yang kerap mengeluarkan perintah tutup mulut sememangnya sudah diketahui ramai; gag order terbaru berjaya membungkam pertelingkahan Godfather lwn Warlord parti kuku besi itu. 



Sumber: http://aliran.com/6524.html

Dr Lim Mah Hui seseorang sahaja yang berupaya mengiyakan (atau menidakkan) dakwaan-dakwaan yang menyelubungi sPICE.

Bukankah ianya beliau sendiri yang menceritakan perkembangan mengenai floodgates dibuka?

Bagai empangan pecah, pulau pitis dibanjiri para pemaju hartanah.

Lantaran memperolehi peluang-peluang yang tidak dikecapi sebelum ini, mereka ligat membina di sebanyak mana kawasan perumahan yang terdaya dalam jangka sesingkat yang mungkin. Kesannya garis-garis panduan bagi mewujudkan pembangunan sustainable diingkari.

Sebagai contoh, pemaju sPICE mendapat layanan istimewa ‘additional density’ yang mengizinkan syarikat berkenaan melanggar had kepadatan bilangan unit rumah setiap satu ekar.

Dakwaan NGO-NGO bahawa kontrak sPICE berat sebelah serta merugikan telah disusuli
 saman tuntut perjanjian tidak sah yang dikenakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang, MPPP dan Eco-Meridian. 
Dengan developer besar diberi laluan mudah, dan tanpa proses pengawasan mantap oleh badan-badan berkanun yang bebas dan berdikari, maka tidak mustahil malapetaka memirip kepada tragedi Highland Towers boleh berulang. 

Bekas kaunsilor MPPP Lim Boo Chang menceritakan tentang sikap main kasar (“abusive attitude”) kerajaan DAP Pulau Pinang, dan “intimidasi” serta “arm-twisting” (perbuatan mengancam dan memaksa) yang dilakukan oleh pentadbiran Guan Eng. 

Sementara itu, blog-blog yang kritis terhadap DAP digodam berkali-kali (dakwaan blogger
 Stop The Lies) manakala akaun e-mel peribadi blogger yang kritis terhadap Guan Eng juga pernah dipecah-masuk. 

Sungguhpun pentadbiran Guan Eng dibayangkan sebagai bertindak “membuli” namun saya rasa sebagai rakan sejawatnya, Dr Lim Mah Hui harus menjejak langkah Boo Chang berterus-terang demi menjernihkan suasana. 

Atas kesedaran bahawa tauke hartanah merupakan VVIP yang amat kaya dan kuat berpengaruh, saya tidak pasti sama ada Mah Hui – conscientious objector yang sekarang ini tinggal keseorangan dalam MPPP – akan mampu memantau sPICE dengan sewajarnya. Beliau nyata ditekan (outnumbered) 23-1. 


PEMBERITAHUAN MUSTAHAK: 

Saya khuatir blog saya akan digodam. 

Andainya didapati blog ini tergendala ataupun disekat, saya berharap agar rakan-rakan blogger tolong menyebarkan khabar. Tahu-tahulah menuding jari pada sesiapa yang patut. 

Kepada pihak yang mungkin terfikir untuk melancarkan serangan terhadap blog ini ataupun menggiatkan kempen mencemar nama blogger, fahami bahawa langkah ini akan mengundang publisiti buruk bagi si penggiatnya. 

Jangan saya diganggu sampai tahap saya terpaksa memohon bantuan Biro Pengaduan Awam MCA.

http://helenang.wordpress.com/2011/12/16/spice-dr-lim-mah-hui-harus-speak-up-demi-kepentingan-awam/

*Artikel ini dipostkan demi memastikan pembongkaran Helen Ang tersebar seperti yang beliau hasratkan.
- MyMassa

No comments: