Monday 12 December 2011

RUPANYA.... KERAJAAN KELANTAN LACURKAN LADANG RAKYAT KEPADA TAUKEH CINA...!!!

Bukti Berdokumen Kerajaan Kelantan Lacurkan Ladang Rakyat Kepada Taukeh Cina







Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya memang licik. Banyak penyelewengan yang dibongkarkan di blog-blog mesra Kerajaan terutama yang melibatkan menantu hantu Menteri Besar Kelantan gagal dimanafaatkan oleh SPRM untuk mengheret Arrifahmi ke mahkamah. Terbaru Wali Selipar PAS bersubahat pula dengan dua orang Melayu Kelantan yang kaki penipu, Rahmat Ibrahim dan saudaranya Amnah Ibrahim dalam kes Ladang Rakyat. Dua saudara ini telah mendapat tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong melalui syarikat mereka, Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd. (LTM) pada 23 Mac 2006.
Tanah ini untuk fasa kedua Ladang Rakyat yang kononnya untuk membantu 4,500 orang miskin. (Baca salinan Haprakdaily di atas). Wayang yang dimainkan bukanlah sebenarnya untuk membantu orang-orang miskin sebaliknya hanya untuk membuncitkan pemimpin-pemimpin PAS dan taukeh Cina. Tanah yang kononnya diberikan kepada dua beradik Amnah dan Ibrahim rupa-rupanya hanyalah satu silap mata untuk mengaburi penjualan kesemua saham LTM kepada sebuah syarikat Cina, Leong Hup Holdings Sdn. Bhd. (LHH) dengan harga RM12,750,000 (lihat salinan dokumen pengambil alihan di atas). Perjanjian itu turut membabitkan pengambilalihan kesemua aset dalam LTM. Dalam dokumen yang dipaparkan di atas jelas membuktikan LHH turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah ini berstatus pajakan untuk 99 tahun.
Habis jahanam semua tanah rizab Melayu digadaikan dan dilacurkan kepada syarikat Cina ini. Perjanjian memorandum yang dilaporkan oleh Haprakdaily itu hanyalah untuk menutup mata Rakyat Kelantan bahawa kerajaan negeri telah memberikan tanah Rakyat Kelantan kepada Bumiputera Kelantan untuk dibangunkan untuk kebajikan Rakyat Kelantan melalui Ladang Rakyat. Hakikatnya, tanah Melayu digadaikan kepada bangsa Cina. Inilah wajah sebenar Kerajaan PAS Kelantan yang menipu rakyat. Bertopengkan Agama Islam dan bersembunyi di sebalik lebai di kepala!

No comments: