Sunday 18 December 2011

PAS SERTAI UMNO DI BACHOK.... PKR KELUAR PARTI DI BUKIT GELUGOR...

120 anggota PAS Bachok sertai UMNO


Seramai 120 penyokong PAS di Kampung Beoh di Bachok mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru Umno di kampung berkenaan, hari ini.


Borang penyertaan mereka diserahkan ketua kumpulan berkenaan Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.


"Dulu, saya menyokong PAS 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata," kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.


Beliau berkata penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan memandangkan PAS ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.
Mohd Nor berkata ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu.


Sementara itu, Awang Adek berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang diberi nama cawangan Umno Redang.


Ia bakal menjadikan jumlah cawangan dalam bahagian itu 151 buah.


- Bernama




SEMENTARA ITU......






SERAMAI 310 AHLI PKR BUKIT GELUGOR KELUAR PARTI


Seramai 310 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Bukit Gelugor di sini keluar parti hari ini untuk menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.
 
Timbalan Ketua Bahagian, Roslan Rahman Shah yang turut keluar parti itu berkata, pertubuhan itu akan dinaungi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

 
Roslan yang menyertai parti itu sejak tiga tahun lalu, berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang “gagal membela nasib dan kebajikan rakyat”.

 
"Kami bertindak untuk keluar parti kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti di peringkat negeri serta pusat, dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita di sini.

 
"Kami akan memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini khususnya orang-orang di Bukit Gelugor dan Pertubuhan kami adalah mesra BN
.


- Melayu Berwawasan

No comments: