Friday 9 December 2011

MOHD AMAR BAKAL MB KELANTAN...???!!!!

GEMPARRR..!!! SENARAI CALON PAS DI KELANTAN TERBONGKARRR..!!!


YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

                                              


Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang. Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu.

Demikian maklumat yang diberikan oleh orang kanan PAS Kelantan kepada seorang ahli politik terkemuka negeri itu.

Sementara itu, hari ini juga DetikPerubahan.Com memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, iaitu Mohd Amar Abdullah sebagai berkata bahawa Nik Aziz sudah bersetuju dengan senarai calon yang disiapkan oleh Perhubungan Negeri.

Mohd Amar juga mengesahkan bahawa senarai itu sudah diserahkan kepada PAS Pusat.
Antara perubahan yang dikatakan berlaku ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub akan kehilangan kubunya di Parlimen Kubang Kerian yang akan diambil oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu Husam Musa.


Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai menteri di pusat?

Antara nama besar lain yang turut digugurkan ialah Bekas Timbalan Menteri Besar, Halim Abdul Rahman untuk memberi laluan kepada anak Nik Aziz. Timbalan Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaacob yang bergelumang dengan isu Ladang Rakyat dan Air Kelantan Sdn Bhd turut tergugur.


Takiyuddin, sudah lama ada usaha menyingkirkannya ke Parlimen oleh faction tertentu dalam PAS Kelantan.

KETAHUI SELANJUTNYA..... KLIK DI SINI...

No comments: