Wednesday 14 December 2011

KOMEN DATO SERI DR. ZAMBRY ABD KADIR MENGENAI HINAAN DAN FITNAH TERHADAPNYA...!!!


Baru seminggu profil Dr.Zambry menjulang macam roket apabila perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO  serta tokoh-tokoh parti tampil membidas keceluparan ADUN DAP yang menggelar beliau “hitam metalik” serta juga memanggilnya “haram jadah.”


Selain dari tokoh-tokoh luar Perak, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi anak jati Perak yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, ketika menggulung perbahasan di perhimpunan itu membaca sebuah sajak  mempertahankan Menteri Besar Perak itu.


Beliau mengakui, ramai yang simpati dan tampil mempertahankannya ekoran penghinaan yang dibuat oleh DAP itu.


DAP lebih berminat untuk menyerang peribadi dan memfitnah beliau kerana yang sebenarnya mereka tiada modal isu untuk menentang beliau memandangkan mereka tahu bahawa dari segi pendekatan pembangunan yang di lakukan dan kerja-kerja serta program yang pihak kerajaan negeri aturkan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum telah membuahkan hasil yang positif.


Selain dihina dengan menyifatkan beliau sebagai 'HITAM METALIK' dan 'HARAM JADAH', beliau juga di fitnah kononnya mempunyai sebuah rumah bernilai RM3 juta di Pangkor dan telah berkahwin lagi...


IKUTI JAWAPAN BALAS DARI MENTERI BESAR BERJIWA RAKYAT ITU TERHADAP SEGALA FITNAH, TOHMAHAN DAN TUDUHAN TIDAK BERASAS TERHADAP BELIAU......  KLIK DI SINI.....

No comments: