Wednesday 14 December 2011

MOHD YUSOF DITAKUTI ANWAR...???!!!

Hujah penggulungan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selama hampir tiga jam di Mahkamah Tinggi semalam benar-benar menakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Portal pro-Anwar, Malaysiakini, melabelkan hujah penggulungan Mohd Yusof itu sebagai ‘serangan ke atas keterangan Anwar dari Kandang Tertuduh‘.
Beberapa hari sebelum itu, portal yang sama meniupkan satu spekulasi berkenaan Mohd Yusof akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pendakwaan dalam kes liwat II.
Tajuk ditulis “Peguamcara 2 letak jawatan” seolah-olah menggambarkan Mohd Yusof sudah ‘bosan’ dalam mengetuai pendakwaan ke atas Ketua Umum PKR itu.
Tiada sumber sahih yang dirujuk untuk mengesahkan ‘berita’ itu kecuali bersandarkan ‘sumber tersebut’ yang dipercayai berdasarkan maklumat daripada salah seorang daripada barisan peguam bela Anwar.
Portal itu turut meniupkan spekulasi dengan mengatakan, “difahamkan beliau (Mohd Yusof) telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.
“Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut”.
Corak pemberitaaan seperti ini mempunyai unsur niat jahat, menghasut pemikiran rakyat dengan spekulasi tanpa bukti dan berusaha merosakkan reputasi penjawat awam, seolah-olah mahu menggambarkan Najib selaku Perdana Menteri terlibat sebagai ‘ketua konspirator’, pertuduhan liwat II.
Hakikat sebenarnya adalah berkaitan dengan kontrak bagi setiap penjawat awam.
Jawatan Peguam Cara II yang disandang oleh Mohd Yusof adalah jawatan kontrak sebagai pejawat kakitangan kerajaan yang dilaporkan portal itu bakal tamat 1 Januari atau 1 Februari 2012.
Menurut prosedur biasa mana-mana penjawat awam, setiap kontrak yang bakal tamat boleh disambung semula dalam tempoh tertentu bergantung kepada budi bicara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan persetujuan penjawat awam tersebut.
Bijaknya portal itu, persoalan kontrak dikesampingkan, tetapi persoalan letak jawatan yang menjadi fokus untuk meniupkan sentimen-sentimen tersembunyi.
Bayangkan betapa lamanya kes ini berlangsung, hinggakan Mohd Yusof hampir tamat kontrak sebagai Peguamcara II, namun kes ini masih belum selesai.
Saksi utama, Mohd Saiful Bukhari, dari dikenali seorang yang tidak tamat belajar di UNITEN, ketika kes ini dituduh di mahkamah pada 7 Ogos 2008, kini pengadu itu telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Anugerah Sijil Dekan.
Karisma Mohd Yusof
Dari sudut lain, spekulasi berita seperti ini adalah satu ‘pengiktirafan’ kepada karisma Mohd Yusof sebagai Peguam Cara II yang berjaya membuktikan kes pertuduhan ke atas Anwar dan kehebatannya mematahkan setiap hujah dari barisan peguam Anwar.
Anwar sendiri, seperti dilaporkan Malaysian Insider mengakui kehebatan Mohd Yusof itu yang disifatkannya telah berjaya memusnahkan kredibiliti saksi-saksinya terutamanya pakar-pakar dari luar negara.
“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka (pihak pendakwa) ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia”, kata Anwar.



Konspirasi
Sedaya upaya, Anwar cuba mengaitkan pertuduhan liwat ke atasnya adalah ‘konspirasi politik’ dan ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 seperti mana yang dilaporkan dalam pemberitaan portal itu.
“Anda bercakap mengenai konspirasi. konspirasi apa ? Tiada siapa pun berkonspirasi. Tidak Saiful atau (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) boleh memaksa Anwar untuk melakukannya. Jika ada konspirasi, bermakna Anwar telah bersedia menjadi pelaku yang sukarela (menjayakan konspirasi itu),” kata Mohd Yusof ketika menggulung pendakwaan semalam.
Mohd. Yusof berhujah, Anwar sendiri, dalam afidavit yang difailkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk membalas permohonan mengetepikan sapina, menyatakan bahawa tujuan beliau memanggil pasangan itu bukanlah untuk menuduh mereka terlibat dalam konspirasi.
Kenyataan Mohd Yusof disokong dengan bukti kenyataan Anwar yang dilaporkanMalaysian Insider, 28 September yang mengatakan tujuan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi ‘bukan untuk membuktikan konspirasi’, sebaliknya mahu mengetahui secara lebih terperinci apa yang berlaku dalam pertemuan pengadu dengan pasangan itu, pada 24 Jun 2008.
“Tindakan Ketua Pembangkang mensapina pasangan itu dipercayai tidak dibuat dengan suci hati dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah serta sebagai saksi pembelaan merupakan satu ekspedisi memancing maklumat.
“Najib dan Rosmah bukan saksi penting dan bukan alibi Anwar
“Terdapat bukti transkrip dalam nota prosiding perbicaraan terdahulu bahawa peguam bela Anwar sendiri pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008″, hujah peguam Najib dan Rosmah yang berjaya mengenepikan sapina tersebut di mahkamah.


SUMBER : AIDC

No comments: