Wednesday 21 December 2011

KENAPA GAMBAR ADUN LIMBONGAN TERBALIK DI LAMAN WEB SENDIRI...???




Mendapat perkhabaran eksklusif dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pas sedang bergolak di Pasir Puteh. Game puak Erdogan untuk membunuh calon-calon pro-ulama sedang giat berjalan.

Dengarnya seorang ADUN PAS dari Parlimen Pasir Puteh sedang 'meminta' nyawa untuk memastikan dirinya dipilih sekali lagi sebagai calon pada PRU akan datang. Beliau telah dinasihatkan untuk berhenti oleh MSO secara "baik". Namun beliau bertekad untuk melawan habis-habisan pengaruh MSO dengan mendapatkan pula sokongan daripada Tuan Sabariah.

Dan sama ada disengajakan atau tidak, gambar ADUN Limbongan telah dipaparkan terbalik dalam laman webnya sendiri. Seperti yang kita tahu, ini merupakan taktik murahan standard juak-juak hamPAS sebagai simbol protes mereka terhadap seseorang pemimpin.


Melihatkan kepada usia Adun Limbongan tersebut, kami pasti bukan dirinya yang mengemaskini laman web rasminya itu. Adakah beliau sedang ditikam dari belakang secara perlahan-lahan oleh jentera partinya sendiri?!!

Namun, kami juga difahamkan bahawa perancangan besar Anwarinas dalam PAS ini bukanlah setakat memastikan orang mereka menguasai Kerajaan Negeri. Dan kita juga sebenarnya silap sekiranya membaca master game plan ini sebagai membuka jalan mudah kepada Anwar untuk berkuasa sepenuhnya, kerana puak-puak ini juga sebenarnya tidak lagi meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap Anu Ghairah Tuhan itu.

Dalam fuckatan, mereka sedar hanya DAP yang lebih konsisten dalam melaksanakan janji-janji politik sesama mereka. Dan oleh kerana telah dijanjikan sesuatu habuan tertentu (yang tidak mampu ditolak lagi), inilah kaedahnya mereka membuka ruang kepada DAP untuk meluaskan pengaruh mereka di Kelantan buat pertama kalinya.


Sama ada rakyat Kelantan sedar atau tidak, sebenarnya  sudah banyak tanah-tanah komersial yang dibangunkan di negeri tersebut telah mulai dijual/disewakan dengan kadar luar biasa bagi menutup peluang kepada rakyat tempatan sendiri. Dalam sedar atau tidak, sebenarnya kemasukan golongan kapitalis cina pro DAP semakin mendadak dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Inilah master game plannya. DAP mungkin kalah jika bertanding sebagai calon di Kelantan, tetapi yang penting penguasaan ekonomi negeri daripada anak negeri dapat direbut. Jikalau mereka boleh menunggu selama 50 tahun sebelum mengorak langkah untuk merebut kuasa politik orang Melayu di Pantai Barat, apalah sangat 50 tahun lagi untuk Kelantan?!!

Walaupun Anwarinas ini sedar yang pengaruh pro ulama' itu masih lagi begitu melekat kuat dalam lingkungan keluarga terdekat Nik Aziz sendiri, iaitu Nik Abduh dan ibunya, Tuan Sabariah, tetapi ini tidak menjadi masalah lagi kerana mereka percaya setiap manusia ada harganya sendiri. Pengaruh Tuan Sabariah sebagai "pemberi restu" dalam menentukan calon-calon PRU di Kelantan bukanlah satu perkara yang tiada nilai tertentu.

Cuma apa yang mungkin menarik untuk diperhatikan kali ini adalah bagaimana puak Anwarinas/Erdogan yang diketuai oleh MSO ini akan mengatasi suara Tuan Sabariah dalam menentukan senarai akkhir calon kali ini. Adakah ia akan meletuskan kembali perang sabil khawarij penghujung era 70 an di Kota Bharu?!!
SUMBER - MyMassa

No comments: