Friday 25 March 2011

10 CIRI ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF

10 Ciri Orang Yang Berfikiran positif

Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikir positif. Tapi, bagaimana melatih diri supaya fikiran positiflah yang ‘berlegar' di kepala kita, tak banyak yang tahu. Oleh kerana itu, sebaiknya kita kenali saja dulu ciri-ciri orang yang berfikir positif dan mulai mencuba meniru jalan fikirannya.

1. Melihat masalah sebagai cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.

2. Menikmati hidupnya
Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.

3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain
Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.

4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak
‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.

5. Mensyukuri apa yang dimilikinya
Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dipunyainya.

6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu
Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.

7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan
Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.

8. Menggunakan bahasa positif
Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.”

9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif
Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan ‘hidup’.

10. Peduli pada citra diri
Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam dirinya.

No comments: