Semalam dilaporkan, seorang guru bahasa Inggeris sekolah swasta warga Britain, Sarah Joseph, 38 tahun, trauma kerana anak sulungnya, Freddie Joseph, 20 bulan, diculik sekitar jam 6 petang semalam di rumah teres 2 tingkat mereka, terletak di Jalan Terasek, Bangsar, Kuala Lumpur.
Seorang lelaki dilaporkan masuk ke dalam kawasan rumah dan kemudian melarikan anak kecil itu ke kenderaan Toyota Camry, dillapor menggunakan nombor pendaftaran, BKP 4386 berwarna putih diparkir di luar rumah. Berkemungkinan besar, nombor pendaftaran itu palsu. Sarah cuba mendapatkan kembali Freddie daripada lelaki bersenjata tajam terbabit tetapi gagal. Kenderaan penculik itu dipandu oleh wanita.