Saturday, 8 December 2012

KANTOI..!!! ANWAR LIWAT HABIBIE DI MALAYSIA....???!!!


Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul. Sebagai seorang politikus,nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri,suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.

Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.

Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu. Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

TU DIA...!!! PAS LARUT MENYAMPAH MENANTU HADI AWANG...SANGGUP NAK BOIKOT PRU13....!!!!


Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat.  Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.


Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

TERUJA DENGAN FENOMENA 'MERLIN'


Jika hari ini anda adalah peminat saluran TV3, anda pasti tahu bila teman sebut mengenai siri tv 'MERLIN' yang disiarkan setiap hari Isnin jam 10.00 malam. Bukan nak promosi, cuma teman ingin berkongsi sedikit mengenai siri tv kegemaran teman itu walaupun sebenarnya teman tidak berapa suka menonton tv. 

Kejayaan besar drama bersiri epik fantasi, Merlin boleh dianggap sebagai sebuah fenomena yang berlaku di seluruh dunia. Ia sukses mengangkat nama empat pelakon utamanya iaitu Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James (King Arthur) Angel Coulby (Gwen/Queen Guinevere), Katie McGrath (Morgana). Sejak tayangan musim pertama pada tahun 2008, drama bersiri pengembaraan epik fantasi ini berjaya mendapat tempat di hati penonton.

PANASS !!! BERKAT DOA 'KO BN' RAMAI TINGGALKAN PAS.....




Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal. 

Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul. 

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.

AEON SERI MANJUNG TAWAR 1,000 PELUANG PEKERJAAN


AEON Co (M) Berhad terus mengembangkan lagi empayarnya apabila membuka sebuah lagi cawangan pusat membeli belah AEON di Seri Manjung yang beroperasi sejak 4 Disember lalu.
Selepas pembukaan cawangan di Ipoh Station April lalu, Seri Manjung merupakan outlet ketiga di negeri Perak selain AEON Kinta City.
Pengerusinya, Datuk Abdullah Yusof berkata, pembukaan AEON cawangan Seri Manjung itu menandakan satu lagi pencapaian syarikat itu dalam menambah bilangan cawangan di seluruh negara.
“Ia sejajar dengan hasrat kami sejak ditubuhkan 28 tahun lalu bagi membantu memajukan perkhidmatan peruncitan serba moden untuk memenuhi keperluan pengguna di negara ini,” katanya.

KOPI TAHI GAJAH YANG DIGILAI RAMAI.......

Bayangkan biji kopi yang keluar bersama tahi gajah ini dibuat kopi dan anda menikmati keenakkannya tanpa prejudis...... !!!!!!!!!!!!

Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia – dihasilkan daripada tahi gajah.


Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

TERKINI : DS ZAHRIAN MOHD HASHIM KEMBALI KE PANGKUAN UMNO....!!!


Hari ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah berkunjung ke Pulau Pinang. Apa yang paling menggermbirakan ialah DS Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru bersama-sama dengan 300 orang penyokongnya telah menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, untuk kembali menyertai UMNO, sebentar tadi.

Welcome back, Dato' Seri.... TAHNIAH, kerana telah membuat pilihan dan keputusan yang tepat!