Saturday 8 December 2012

PANASS !!! BERKAT DOA 'KO BN' RAMAI TINGGALKAN PAS.....




Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal. 

Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul. 

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.


Dalam majlis yang sama, Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Besut, yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan. 

Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.

Baca seterusnya ...... Malaysia Instinct

Bukan hanya di Terengganu......




Di Sebabkan Doa UMNO/BN KO tempoh hari, kira-kira 16 orang penyokong tegar PAS dari cawangan Genting Palas dan Bendang Hilir telah istihar tinggalkan PAS setelah melihat sikap suka mendoakan keburukan sesama Islam adalah tindakan berlandaskan kehendak Islam.


Setelah meninggalkan PAS, 16 orang penyokong tegar PAS itu telah mengambil tindakan menyertai UMNO setelah melihat perjuangan UMNO demi menegakan Agama, Bangsa dan Tanah Air lebih mulia berbanding PAS yang memperdagangkan agama demi kepentingan politik pihak lain.

Penyerahan borang keahlian UMNO telah diadakan pada 4 Disember 2012 jam 9:30 malam sehingga 11:30 malam di pekarangan rumah Pengerusi JKKKP Kampung Genting Palas, Kuala Nerang.

Baca seterusnya..... Media Kedah

No comments: