Wednesday, 5 December 2012

APABILA ADIWIRAWATI SEKSI 'DIPONDANKAN'......

Komik barat kerap memaparkan adiwirawati seksi dengan posing yang melanggar hukum anatomi. Bagi membuktikan posing dramatik adiwirawati yang ada sekarang adalah bangang, The Hawkeye Initiative sebuah laman tumblr diwujudkan dengan adiwira Hawkeye dilukis semula dengan posing melampau adiwirawati yang wujud. Hasilnya ialah LOLFEST...... 



ISU ANAK DERHAKA : NAJWA BERSUARA DALAM DIAM


Susulan panggilan “anak derhaka” yang ditujukan kepada Najwa Latif oleh ayahnya sendiri, tuan punya badan hari ini menggunakan medium twitter untuk memberikan reaksinya. Bagi Najwa, dia lebih rela berdiam diri daripada membuka aib ayahnya sendiri.



 Ini satu langkah yang bijak daripada seorang anak. Kalau cakap lebih-lebih, kang terbukak segala cerita yang seharusnya diketahui oleh keluarga sahaja. Siapa yang malu? Najwa Latif dan keluarga mereka juga. Apa pun peminat Najwa Latif ternyata banyak memberikan sokongan kepadannya dan Najwa sangat berterima kasih di atas sokongan tersebut.




 Semoga Najwa Latif dan kakaknya tabah menghadapi dugaan sebegini. Cubalah berbaik-baik semula dengan ayah anda. Sebaik, sejahat mana pun, Abdul Latif itu tetap ayah yang harus disayangi dan dihormati. - sumber

PENYANYI NAJWA LATIF DERHAKA TERHADAP BAPA....?????


Belum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif & ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu.

Kali ini, si bapa sendiri tampil ke’hadapan.Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk luahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

REKAAN PERPUSTAKAAN YANG UNIK....




Perpustakaan awam yang cantik ini direka oleh sepasang arkitek yang menamakan diri mereka Helen & Hard. Nama tersebut di ambil sempena nama syarikat arkitek mereka yang beribupejabat di Norway. 


Nama syarikat perniagaan itu adalah hasil gabungan kedua arkitek tersebut, Siv Helene Stangeland (Norway) dan Reinhard Kropf (Austria). Perniagaan mereka telah berkembang sejak 1996 dan berjaya mempopularkan konsep rekaannya di beberapa negara di dunia ini.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI GOMBAK..???

Pagi tadi, melalui rakan blogger, teman telah pun kuarkan cerita mengenai seorang penyokong PR yang hadir di ceramah Anwar di Gombak yang berdarah lengannya akibat terkena tikaman kerambit yang katanya dilakukan oleh Pemuda UMNO di kawasan itu.  Apa sebenarnya yang berlaku.....?!



Menurut Jawa Bernam,  memang Pemuda UMNO telah hadir untuk menghalau petualang bangsa dari mencemarkan kawasan Gombak Utara dari terus menabur fitnah. Memang tak nafikan sehingga ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 2kilometer dari Pejabat UMNO Gombak Utara. Malah, Tamrin Ghaffar juga terpaksa menaiki motosikal kerana kebanjiran Pemuda UMNO yang berjaga disepanjang jalan.

BORANG UMNO DIBERI 'SEPERTI DIMINTA'.....!!!


Korang ingat lagi tak pasal Cikgu di Labuan yang kena buang kerja disebabkan menyokong Anwar Ibrahim hari tu? Kali ni, bekas cikgu tu dah KANTOI menipu beb..

Dalam satu interview dengan media pencacai Pakatan, bekas Cikgu tu kata dia diberi borang keahlian Umno selepas dipecat.. Kononnya, borang tu adalah untuk memaksa dia masuk Umno..

Yang sebenarnya, pompuan tu yang mintak borang tu dari Timbalan Ketua Umno Labuan.. Bukan sekeping beb.., tapi 10 keping...

{VIDEO} PADAH GADIS BERANI....!!!


Gadis ini mungkin tidak menyangka bahawa video yang di'upload' melalui akaun Youtube miliknya, minggu lalu telah membolehkan pihak polis mencarinya dan beliau ditangkap. Seorang gadis bernama Hannah Sabata dari Stormburg, Nebraska, ditangkap oleh pihak berkuasa minggu lalu, berikutan videonya yang cenderung memuja dan mengagumi dirinya sendiri secara berlebihan mengenai jenayah yang berjaya dilakukannya.