Tuesday, 25 September 2012

PRO-M RAMPAS UM...??????

Hiasan

KUALA LUMPUR - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya berlangsung sengit apabila kumpulan Penggerak dan promahasiswa masing-masing mendakwa memenangi pilihan raya kampus universiti itu, di sini hari ini.

Kumpulan promahasiswa mendakwa mereka memenangi 22 kerusi berbanding 19 kerusi yang dimenangi kumpulan proaspirasi daripada 43 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Penggerak yang mendakwa kumpulan itu hanya memenangi 20 kerusi kerana dua lagi kerusi dari Fakulti Undang-undang merupakan calon Bebas sementara dua lagi kerusi iaitu bagi Fakulti Pendidikan serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi berkeputusan seri dan akan dipertandingkan semula.

Keputusan di UM menyaksikan kumpulan Penggerak memenangi 19 kerusi, promahasiswa (20), bebas (2) dan dua lagi kerusi seri.

Pemilihan kali ini menyaksikan 9,643 pelajar atau 42.12 peratus daripada keseluruhan 22,883 pelajar yang layak, keluar mengundi. - Utusan

TERDUDUK ADAM ADLI..!!! PRO ASPIRASI MENANG BESAR DI UPSI.....


Calon Pro-Aspirasi mendominasi kemenangan pada pilihan raya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), hari ini.

Keputusan hari ini menyaksikan, calon Pro-Aspirasi memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan dan baki empat kerusi dimenangi calon Pro-Mahasiswa.

Daripada 29 kerusi tersebut, hanya lima sahaja menyaksikan berlaku pertandingan iaitu tiga dimenangi Pro Aspirasi, dua dimenangi pro mahasiswa. Baki kerusi dimemangi tanpa bertanding.

Peratusan keluar mengundi adalah 67.8 peratus daripada 11, 640 pelajar.

PENGHINA ISLAM DI PERANCIS DIPENGGAL, DI MALAYSIA.....????


Berita yang disiarkan oleh sebuah agensi antarabangsa menggambarkan kemarahan yang amat keterlaluan sehinggakan tindakan lelaki beragama Islam tersebut, tidak menggambarkan agama yang dianutinya. Kemarahan yang meluap-luap dan sentimen kebencian akhirnya telah membuatkan lelaki berkenaan memenggal kepala editor majalah yang menerbitkan kartun yang menghina Nabi s.a.w.

Lelaki berkenaan telah ditangkap di bandar La Rochelle. Berdasarkan ikrar Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls, lelaki berkenaan akan dihukum kerana jenayah yang dilakukannya.

BACA SETERUSNYA...... TFK

NIZAR LARI ENGGAN TANDATANGAN MEMO BANTAHAN HINA NABI


Tindakan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin yang lari ketika diminta menandatangani bantahan penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W Islam dan twitter Ngeh Koo Ham yang memperlekehkan tentangan umat Islam dunia menjadi tanda tanya sekaligus mencerminkan pendiriannya mengenai isu ini.

TERKINI : PRO-M KECUNDANG DI UUM, ASPIRASI MENANG BESAR



Keputusan PRKampus Universiti Utara Malaysia telah diumumkan sebentar tadi dimana calon bagi Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan selesa dengan memperolehi 34 kerusi dari 36 kerusi yang dipertandingkan..

Satu kerusi berjaya dimenangi oleh calon bebas dan satu lagi dimenangi oleh pro mahasiswa..Peratusan keluar mengundi bagi UUM sebanyak 85.2% setakat jam 1 tengah hari..

Sumber : Medan Tempur

2000 PEKERJA KILANG PRODUK APPLE BERGADUH


BEIJING – Syarikat Foxconn yang mengeluarkan produk keluaran syarikat Apple dan beberapa firma elektronik lain menutup sebuah kilang di China semalam ekoran insiden pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerjanya, kata beberapa pegawai.
Dianggarkan sekitar 40 orang cedera dalam pergaduhan yang berlaku di kilang Foxconn, di Taiyuan pada pukul 11 malam kelmarin.
2000 Pekerja Kilang Produk Apple Bergaduh

JOM TENGOK MISAI DAN JANGGUT SIAPA PALING HEBAT....perghhhh!!!!


Pertandingan misai, janggut di timur Perancis......... saksikan.

KOMBINASI gambar menunjukkan beberapa peserta yang menyertai pertandingan misai dan janggut di Mulhouse kelmarin. - Reuters

MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin.

Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama.
Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi
**Sehingga kini  teman tidak mengetahui siapakah pemenangnya.....