Saturday, 2 June 2012

HOSNI MUBARAK DIPENJARA SEUMUR HIDUP....

Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup
Rakyat Mesir yang probekas Presiden Hosni Mubarak memegang potret beliau
sementara menunggu keputusan mahkamah di Kaherah hari ini. - Foto EPA


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah berhubung tuduhan rasuah dan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu.
Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah  atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan.
Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas.
Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu.
Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.
Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.
Hakim Ahmed Refaat terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan tercetus dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan.
Laporan menyebut ada kedengaran laungan "hukuman mati satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus mati".
Insiden itu, yang disebabkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan Hosni dibawa keluar dari bilik mahkamah khas yang dibentuk di Akademi Polis Kaherah.
Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan pada Februari 2011.

CHINA BINA KAPAL PERANG CANGGIH...


BEIJING 1 Jun - China sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat perunding dari Australia bagi membina sebuah kapal perang canggih, yang dilihat sebagai sebahagian persediaan negara ini menghadapi pertikaian wilayah dengan beberapa negara jiran di Laut China Selatan.

Kerjasama dengan pereka AMD Marine Consulting itu bagi menghasilkan sebuah kapal yang mampu menyerang dengan pantas, dilengkapi kemudahan satelit, rangkaian komunikasi, helikopter, radar, enjin dan beberapa ciri-ciri khas, menurut pakar analisis tentera.

Ia dihasilkan bagi menggantikan kapal perang lamanya yang menggunakan teknologi Soviet.

Kapal tersebut dijangka mampu bergerak dengan kelajuan 36 knot dan membuat serangan pada jarak melebihi 200 kilometer.

KISAH SEDIH 1, 758 ANAK-ANAK TERBUANG TIADA PENGENALAN DIRI.....

GAMBAR HIASAN


PETALING JAYA – Sebanyak 1,758 anak-anak yang dibuang dijaga rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan diri. Presiden Pertubuhan   Kebajikan Sosial Malaysia (Perbak),Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, ke semua anak-anak itu sekarang sudah dewasa dan telah pun keluar dari pusat kebajikan kini hidup merempat dan tidak dapat bekerja kerana ketiadaan dokumen berkenaan.

“Ini realiti yang berlaku mereka sukar untuk mencari kerja apatah lagi mahu berkahwin dan kebanyakan mereka berputus asa dan merempat dan menjadi golongan kutu rayau,”katanya pada sidang media di sini, semalam. Menurutnya  masalah seperti itu bukan perkara asing dan dia juga mengalami nasib yang sama seperti itu. “Saya adalah satu contoh anak yang dibuang dan ditemui di tong sampah tidak mempunyai identiti tetapi hanya selepas 24 tahun baru  saya dapat kad pengenalan,”katanya.

Menurutnya, dia hanya memperolehi taraf kewarganegaraan tahun lalu dan sebelum ini dia hanya menggunakan dokumen pemaustautin sementara yang perlu diperbaharui setiap tahun dari Jabatan Imigresen. “Saya didaftarkan oleh  JKM sebagai anak Cina dan diserahkan kepada keluarga angkat, selepas didera oleh mereka saya kembali ke rumah kebajikan. 

Anehnya ketika hendak mengambil kad pengenalan saya mempunyai satu lagi nama iaitu Marvan Tan sedang nama yang didaftarkan JKM ialah Leong Sesee Hsin,”katanya. Tambah rumit ketika keluar dari rumah kebajikan pada tahun  2004 dia hanya dibekalkan wang RM 500 dan dengan duit itu dia perlu meneruskan kehidupan sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada tahun 2010. “Malaysia adalah sebuah negara Islam, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah jelas mana-mana bayi yang ditemui di kawasan orang Islam tidak diketahui identiti perlu didaftarkan dengan agama Islam tetapi di pusat kebajikan perkara ini tidak membawa maksud apa-apa,”katanya.

Jelasnya, perkara ini telah cuba disuarakan melalui agensi terlibat namun usahanya dihalang pihak tertentu dengan alasan perkara yang hendak diketengahkan terpencil. “Paling saya terkilan apabila ada pegawai kerajaan yang secara  terang-terangan memberitahu perkara ini jika didedahkan tidak akan membantu BN untuk memenangi pilihanraya akan datang, saya bukan bela nasib mereka atas tiket politik tetapi atas niat mahu pusat atau rumah kebajikan mempunyai satu garis panduan jelas,”katanya. Jelasnya, tiga perkara yang perlu dilakukan kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak dipinggirkan ialah pastikan anak-anak ini dapat kerakyatan, diberi bantuan kewangan sekurang- kurangnya setahun dan jaminan pekerjaan. 

PELIK TAPI BENAR : ANAK BURUNG MEMPUNYAI 2 KEPALA DAN 3 PARUH




NORTHAMTON – Seorang wanita dari Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), secara tidak sengaja menemui haiwan unik ini. Siapa sangka anak burung ini memiliki dua kepala dan tiga paruh.

April Britt berkata, dia dan suaminya mencari-cari arah suara burung di halaman belakang rumahnya. Kemudian suara itu membawa mereka ke sebuah pokok dan mendapati ada seekor anak burung berada di atas tanah.

“Kasihan sekali burung ini. Ini hal yang paling aneh pernah saya lihat. Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini,” kata Britt sambil menceritakan keadaan suaminya yang terkejut.

Seperti dilaporkan UPI, selepas beberapa jam kemudian, Britt mengembalikannya semula ke atas pokok berkenaan.

“Keesokan paginya, saya tidak lagi melihat anak burung ini. Saya harap ia selamat,” katanya.

MAYAT 19 TAHUN MASIH TERPELIHARA......





Palestin – Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu.
Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu. Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.”
Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza.
Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. “Syahid cita tertinggi kami!”

FAKTA DAN AUTA HIMPUNAN HIJAU STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR


Ini laporan dari Malaysiakini..

Ini laporan dari harakah..
Pelik pula kali ni Malaysiakini melaporkan perkara yang tepat. Sedangkan harakah dengan bangga dan muka tak malunya menipu rakyat Malaysia, apabila menulis angka 100 ribu. Mana mungkin stadium kapasiti 40 ribu boleh muat 100 ribu orang. Umpama periuk nasi boleh masuk 1 kilo tapi dok bohong kata masak nasi 10 kilo, mana logik akal fikiran manusia.

Nak bohong pun agak-agak laa.. sudah la harakah memang terkenal dengan kaki fitnah, ditambah pulak dengan pembohongan yang nyata, alamatnya yang menulis harakah ni umpama takdak agama dah.

Untuk laporan kehadiran Himpunan Hijau di Stadium Darulaman, Alor Setar, pembaca boleh rujuk kat SINI dan SINI.



Sesuatu yang amat memalukan kepimpinan PAS telah berlaku di perhimpunan Hijau di Stadium Alor Setar, Kedah. 

Boleh ke Parti Islam guna patung untuk perarakan / himpunan / program mereka?





Anda baca sendiri FATWA DARI MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN, negeri yang diperintah oleh PAS sendiri.

Hukum Membina Patung Dan Perarakan Patung Binatang Yang Bernyawa.

Tarikh Keputusan: 10 Apr, 2002

Keputusan:  Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 10 April 2002 telah membincangkan fatwa mengenai membina patung dan perarakan patung binatang yang bernyawa. 

Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

1. Berdasarkan perspektif maqasid tanpa melihat kepada sebarang perincian pandangan, dirumuskan bahawa aktiviti pembuatan dan pemilikan patung atau objek samada berjisim atau tidak, dengan disertakan motif penyembahan, pemujaan atau sebarang motif yang bertentangan dengan maqasid syar"iah yang enam iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, nasab, harta dan maruah maka hukumnya adalah haram dan wajib dihindarkan. 

Namun begitu, pertimbangan daripada fiqh furu" wajar dihormati sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Imam as-Sya"rani dalam mizannya.Justeru itu, sekiranya persoalan pembuatan patung dan pemilikannya bebas daripada pertentangan dengan nilai-nilai maqasid yang disebut di atas, maka kenyataan-kenyataan berikut perlu dipegang : 

a. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim secara lengkap anggota zahirnya adalah haram berasaskan zahir hadis dan prinsip sadduz-Zarai".(سد الزرائع ). 

b. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim tetapi tidak lengkap anggota zahirnya yang merupakan anggota utama yang berkaitan nyawa dan kehidupan seperti kepala dan sebagainya, maka hukumnya adalah makruh tatapi masih di bawah lingkungan perkara-perkara yang harus. 

c. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu"tabar di sisi Syara' maka hukumnya adalah dibolehkan seperti pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya. seterusnya


SUMBER   /   SUMBER

SUBHANALLAH..!!! BAYI LAHIR SAMBIL MEMEGANG AL-QURAN....





LAGOS, Nigeria – Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.
Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.
Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.