Sunday, 18 December 2011

KERAJAAN DAP BUANG RM5 JUTA KE LAUT DI PULAU PINANG...???!!!

Eksklusif. Gambar Duit RM5juta Dibuang Ke Laut di Pulau Pinang.

Apa kaitan gambar ini dengan duit RM5juta yang dibuang?










Kalau pembaca nak tahu, inilah tempat letak kereta di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang berharga RM5juta.

Setelah siap, tempat letak kereta ini tidak dapat digunakan kerana ianya hanya muat untuk kereta kancil. Tempat letak kereta ini juga tidak mempunyai lif walaupun setinggi ini ia dibina.

Akhirnya Kerajaan Negeri di bawah DAP mengambil keputusan untuk merobohkan tempat letak kereta ini dan menggantikan dengan yang baru.

Penduduk bidas musnah bangunan tempat letak kereta baru RM5 juta

GEORGETOWN: Penduduk yang tinggal berhampiran bangunan tempat letak kereta bertingkat Stesen Bukit Bendera di sini, membidas cadangam Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu merobohkan bangunan baru berkenaan.

Mereka berpendapat tindakan merobohkan bangunan tempat letak kereta bernilai RM5 juta itu sebagai membazir dan menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dalam menangani masalah rakyat.

Lim Cheng Cheng, 57, berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya merobohkan bangunan itu, sebaliknya membaiki struktur tertentu seperti meluaskan laluannya supaya ia boleh digunakan pengunjung Bukit Bendera dengan kadar segera.

“Pembayar cukai menjadi mangsa hanya disebabkan kesilapan beberapa individu terbabit dalam pembinaan tempat letak kereta ini dan saya tidak tahu hendak kata apa lagi dengan pengumuman kerajaan negeri ini.

“Pemimpin kerajaan negeri sewajarnya tahu bahawa langkah itu sebenarnya membazir saja... bukankah lebih baik bangunan ini diubah suai saja kerana ia lebih menjimatkan wang pembayar cukai,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa tempat letak kenderaan yang tidak dapat digunakan kerana gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana rekaannya yang lemah itu akan dirobohkan, direka bentuk dan dibina semula.

Pembinaan bangunan baru itu mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ketika mengulas perkara itu mahu Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu agensi bertanggungjawab menguruskan projek dibiayai Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan bertanggungjawab dan memberi penjelasan.

Seorang lagi penduduk, Wong Yew Aun, 28, menyifatkan langkah kerajaan negeri merobohkan bangunan tempat letak kereta itu sebagai tidak wajar dan kurang bijak kerana membazir wang rakyat.

“Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat menjimatkan dana awam tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila kerajaan negeri lebih suka membazirnya demi membina tempat letak kereta baru,” katanya.
Tindakan Kerajaan DAP itu seolah-olah mencampakkan duit RM5juta ke laut di Pulau Pinang.

*Kalau kerajaan BN buat, mereka akan cakap projek gagal. Kalau macam ni pulak, nak panggil apa ye? Bodoh bertingkat-tingkat macam tempat ni jugak.

CREDIT TO >> MyMassa<<

DR. CHANDRA : ANWAR A PROXY OF FOREIGN LOBBY

'PAPA HEBAT WEYYY....!!!

Dr Chandra: Anwar a Proxy of Foreign Lobby

AIDCNews – 17/12/11 – President of The International Movement for a Just World (JUST), Professor Dr Chandra Muzaffar is of the opinion that although the formal leadership of the U.S. has begun to have suspicions about Datuk Seri Anwar Ibrahim, nevertheless the country’s political lobbies, especially those that influence America’s foreign policy still give the de facto PKR leader benefit of the doubt to ‘deliver’ Malaysia.
“I think it’s like this…perhaps, their formal leaders will have doubts…maybe…
“If we compare what happened previously and what we see before us now, there may be some suspicion.
“Maybe President Obama, Hilary Clinton and the others, share the same sentiment. I am referring to the formal U.S. leadership.
“However, looking from the perspectives of the lobbies that control U.S. politics (the real power), in the context of the country’s (U.S.) future, they still hope that Anwar will be able to deliver.
Deliver?
“Yes. Deliver…meaning to deliver what they wanted…that he helps them realise their objective.
Meaning, if the NED or the IRI still support Anwar and PKR, it will not be impossible?
“Yes, yes…indeed, not impossible.”
Regardless if President Obama doesn’t accept it, but there are still agencies that will continue helping?
“Yes, there are differences between the formal leadership and the agencies (the real power).
“If we look at the politics of the U.S., it is always like that. They (the real power) have their own plans, and they would at times change the policies made out by the formal leadership.
According to Dr Chandra, American politics is divided into two; firstly, the formal power, and secondly, the real power.
“The formal power is held by the President, Congress and Senate. However, real control is in the hands of the politicians, culturalists, and lobby groups recognised as the real power,” he said.

MANGSA DAP...!!!

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT.....






KEPADA orang Melayu yang berangan-angan mahu bertanding atas tiket DAP, fikirlah 1000 kali.

Sudah ramai orang Melayu yang pernah menjadi aktivis DAP, akhirnya keluar parti kerana menjadi mangsa dipergunakan.

Mereka meratap dalam diam kerana penyesalan. Cuma sekerat dua yang tampil membuat pendedahan.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas calon DAP, A. Rahman Manap. Beliau menjadi aktivis DAP pada dekad 1990-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang.

Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.

Awang pernah menulis sepintas lalu mengenai beliau ekoran pendedahannya kepada akhbar Suara Perkasa pada Oktober tahun lalu.

Menurut Rahman, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini. Apa sahaja strategi DAP untuk mendekati hati Melayu hanyalah muslihat sedangkan hakikatnya DAP bersikap anti-Melayu. ‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat bagi mencapai cita-cita politik,’’ katanya. Rahman membuat pendedahan itu kerana tidak mahu orang Melayu tertipu.

Seorang lagi yang berani tampil ialah Mohamed Razali Abdul Rahman. Beliau memohon maaf kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu. Kes beliau lebih menarik. Razali menyimpan rahsia dan kisah benar bagaimana liciknya DAP melaksanakan agenda berbahaya kepada Perlembagaan negara.

Baru-baru ini pula, Awang didatangi seorang bekas ahli parti itu yang enggan namanya disiarkan. Pertemuan selama 45 minit itu berakhir dengan dia sebak.

‘‘ Melayu hanya dipergunakan. Saya telah menghina diri sendiri, agama dan bangsa kerana tersilap perhitungan. Saya tidak mahu menanggung penyesalan ke akhir hayat. Kini saya menjauhkan diri dari DAP.’’ katanya.

Awang tersentuh. Setidak-tidaknya mereka ada keberanian untuk kembali ke pangkal jalan. Syukur.

ISU MURTAD : HASSAN ALI DEDAH DI SELANGOR.... HARUSSANI ZAKARIA DEDAH DI PERAK



Di Selangor sejak kerajaan negeri mewujudkan USA atau Unit Selamat Akidah. seramai 51 orang sudahpun dibaptiskan atau dengan lain kata sudah menganut agama  kristian.
Manakala 40 orang Melayu lain pula didakwa sudahpun meminum holy water (holy water atau air suci ialah air disucikan paderi untuk pembaptisan dan ia diletak di pintu masuk gereja untuk penganut mencalit ke lidah sebelum dibuat tanda salib).
Menurut Dr.Hasan “pendakwah kristian” kini menjadikan Malaysia khususnya Selangor dan Perak sebagai fokus ‘serangan” dengan menampilkan tokoh-tokoh berpelajaran dalam misi mereka.
Katanya sesetengah berkelulusan PhD yang datang khas dari Amerika Syarikat, Australia, UK, Belanda, German malah juga dari Indonesia dengan matlamat memurtadkan umat lslam di sini.
“Di Selangor mereka ada unit khas untuk umat Melayu saja. Mereka kita anggap seperti tentera pemesong akidah . . .mereka dilatih boleh hidup dalam semua keadaan untuk menjalankan tugas tersebut.

Berlainan pula ceritanya di Perak kerana kini terdapat 43 kes melayu murtad manakala 58 orang pula ‘diberi peluang bertaubat.’
Ustaz Zamri baru 40 tahun dan menganggap dia mewakili golongan muda bimbang penularan isu murtad dikalangan umat lslam di negeri Perak. Waktu membuat kajian sebelum ke majlis Himpun, beliau terkejut mendapati ada orang Melayu menjadi murtad seperti yang pernah didedahkan Mufti Perak.
"Kes berdaftar murtad di Perak saja setakat ini ialah 43 orang manakala 58 orang (berbangsa Melayu ini) diberi peluang bertaubat”katanya.
 
Malah gelombang murtad disini dahsat dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Himpun kerana membantu pihaknya memerangi gejala ini.
BACA SELANJUTNYA..... DI SINI

SURAT BANK DUNIA ~ MAHATHIR CABAR ANWAR...!!!


Dalam bab dakwaan liwat dan video seks, Anwar kompem tak berani dan mengelak terus dari bersumpah, te..ta..piiiii..... ini cabaran baru dari Tun Mahathir Mohamad.... tiada kaitan dengan seks dan liwat pun!!!


Anwar mendakwa semasa krisis kewangan tahun 1999 Dr Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia untuk memohon bantuan pinjaman.

Ketua Umum PKR itu membuat dakwaan berkenaan dalam ucapannya di satu majlis makan malam yang tutut dihadiri oleh para duta asing Khamis malam.
Dakwa Anwar beliau mengetahui hal berkenaan selepas dibebaskan dari penjara kes liwat pertama semasa membuat kerja perundingan untuk Bank Dunia.
Bercakap pada satu majlis di Butterworth Sabtu, Dr Mahathir menegaskan tunjuk surat berkenaan jika dakwaan itu betul.
"Saya cabar dia bersumpah junjung Al-Quran di sebuah masjid dan saya sedia berbuat demikian jika perlu," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya mendakwa bekas Menteri Kewangan itu yang selalu menguar-uarkan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam menyelesaikan krisis kewangan waktu itu.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mohamad Nor Yakcop yang hadir sama di majlis itu mengesahkan bahawa Dr Mahathir telah menolak bantuan pinjaman Bank Dunia.
Katanya ada wakil Bank Dunia datang jumpa Dr Mahathir untuk bincang cara Malaysia dapat elak krisis kewangan pada tahun 1999.
Namun katanya bekas Perdana Menteri itu suruh dia meninggalkan pejabatnya.
Anwar ialah Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1998 semasa pentabiran Dr Mahathir.
BERANI KERANA BENAR....  SANGAT BERANI MENJAJA SANDIWARA SEANTERO NEGARA, BILA BAB DIMINTA BERSUMPAH... DI MASJID.... SEJUTA MCM ALASAN DIBERIKAN....  

PAS BERUBAH SELEPAS BERSAMA PKR, DAP.... ???




 Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, disebabkan perubahan itu juga agenda perjuangan memartabatkan Islam di Selangor oleh bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenangi oleh kepemimpinan parti khususnya di peringkat pusat.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan perkembangan itu kerana sejak Pas bersekutu dengan Anwar serta DAP, parti tersebut telah mengalami perubahan drastik sehingga ke tahap terpaksa mengorbankan agenda perjuangan Islam.

"Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan.

"Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.


Beliau yang juga Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang mengulas cabaran Hasan dalam usahanya memartabatkan Islam di Selangor.


Bagaimanapun, pendirian Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu tidak disenangi oleh beberapa pemimpin Pas sehingga namanya disebut-sebut digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).






Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris telah menyerang Hasan dengan mendakwa kenyataan bekas Naib Presiden Pas itu seolah-olah menggambarkan parti itu tidak lagi mempertahankan Islam.


Mohamed Hafiz berkata, pemimpin-pemimpin lain yang sepatutnya meninggalkan Pas dan bukannya Hasan kerana disebabkan mereka matlamat asal perjuangan Pas telah berubah.


"Mereka ini diumpamakan anai-anai di dalam parti dan ia pernah disebut oleh Salahuddin Ayub ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas pada muktamar parti 2005.


"Di dalam muktamar itu saya memberi sokongan penuh terhadap kenyataan itu," katanya.


Dalam pada itu Mohamed Hafiz berkata, sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi menyokong penuh tindakan Hasan di Selangor kerana itulah agenda asal perjuangan Pas.


"Ini bukan saya yang kata tetapi ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang kata. Saya tidak nafikan ada yang menyokong pemimpin-pemimpin Pas Pusat tetapi harus diingat sebahagian besar mereka berdiri teguh di belakang Dr. Hasan.


Mereka melihat Dr. Hasan telah melakukan sewajarnya untuk Islam.
"Begitu juga nasib yang menimpa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Beliau juga masih mendapat sokongan daripada ahli di peringkat akar umbi," katanya.


Beliau berkata, mereka disisihkan kerana berusaha memperjuangkan sesuatu yang amat bertentangan dengan perjuangan Anwar dan DAP.


Sementara itu Mohamed Hafiz berkata, selagi Pas tidak keluar daripada pakatan pembangkang selagi itu parti tersebut akan gagal dalam agendanya memperjuangkan Islam.


"Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan.


"Cuba lihat kenyataan-kenyataan pemimpin daripada kedua-dua parti itu. Apa pendirian mereka terhadap Islam? Mustahil pemimpin Pas tidak menyedari tentang perkara ini," ujarnya.

SOLAT JUMAAT 2 IMAM MASIH BERLAKU DI TERENGGANU..???

Sultan Mizan dukacita kejadian solat dua Jumaat masih berlaku di Terengganu



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran masih berlaku di beberapa daerah dalam negeri ini.

Baginda bertitah kejadian itu berlaku disebabkan tidak wujud persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi.
"Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan.
"Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering di Kuala Terengganu ,Jumaat.
Turut berangkat Yang DiPertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Sultan Mizan menyeru umat Islam di negeri itu supaya bersama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak yang bertelagah supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan sejahtera.
SETERUSNYA... DI SINI