Monday, 21 November 2011

( VIDEO ) - SAYA DAN KELUARGA JADI MANGSA FITNAH BESAR MEDIA SOSIAL – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini.
Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.
Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.
”Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.
”Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,” katanya.
”Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut.
”Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,” katanya lagi.
Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini.
”Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,” katanya.
Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
”Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini.
”Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.
”Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,” jelasnya.
>>>   UMNO Online   <<<

HARUSSANI : MELAYU MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa sedih mengenangkan nasib bangsa sendiri yang mengemis dalam segala hal kepada bangsa asing tanah air sendiri.
Menurut beliau, dalam politik, orang Melayu berpecah dan dalam masa yang sama menyerang sesama sendiri untuk menegakkan kebenaran masing-masing yang belum tentu kesahihannya.
“Begitu juga dalam konteks budaya serta hak istimewa orang Melayu, entah apa yang tinggal lagi manakala ekonomi pula, orang Melayu jauh ketinggalan, berada pada takuk lama dek kerana kerakusan.
“Sepatutnya orang Melayu mempunyai harta dan pelbagai keistimewaan bersesuaian dengan status sebagai negara sendiri tetapi malangnya mereka menjadi pengemis dalam segala hal.,” katanya pada Forum Titah Raja Muda Perak di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri Seluruh Malaysia 2011, di Dewan Bankuet, Bangunan SUK, Ahad.
Tegas Harussani, undang-undang pentadbiran Islam di negara ini juga seolah-olah meletakkan orang Melayu sebagai warganegara kelas kedua kerana orang bukan Islam tidak boleh didakwa walaupun melakukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.
“Kita perlu perbetulkan perkara ini. Saya telah membuat teguran mengenai perkara ini sejak 1978 lagi tetapi tiada apa pun yang dibuat untuk memperbetulkannya.
“Orang Melayu terutamanya wakil rakyat di Parlimen dan Dun boleh memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan dengan memperkasakan tujuh wasiat raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
>>>   PERAK TODAY   <<<

SIDANG DUN PERAK KE-12 : PEMBANGKANG EKSPLOITASI PIHAK TERTENTU BUAT DEMONSTRASI...!!!...



Hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 dicemari dengan demonstrasi tuntutan tanah rizab kerajaan negeri di Chemor di mana terletaknya Kuil Dewa Sri Mamaratha Muniswarar. Tapak tanah berkenaan sebelum ini diminta untuk dikosongkan oleh pemaju bagi tujuan-tujuan pembangunan.

SIDANG DUN PERAK KE-12 : KERAJAAN JANGKA PEROLEHI HASIL RM 865.12 JUTA TAHUN DEPAN



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam perbentangan Bajet 2012 hari ini mengumumkan anggaran hasil dan penerimaan pembangunan yang bakal diperoleh negeri itu sepanjang tahun hadapan adalah sebanyak RM 865.12 juta.

PR = PENIPU RAKYAT = PAKATAN RAKUS



Antara kecenderungan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat ialah mengorek dan kemudian mensensasikan cerita tesebut selain memutarbelitkannya dengan cara yang paling membingungkan. Hasil yang berlaku selepas itu adalah rakyat tidak akan dapat gambaran sebenar sebaliknya terpaksa mengikut acuan yang dibuat oleh Pakatan. Dan fenomena ini juga berlaku membabitkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, yang lompat lebih adalah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional walaupun mereka sangat membuta tuli dan bersifat spekulatif. Kita boleh melihat situasi ini dalam beberapa isu termasuklah isu lembu fidlot NFC yang sebenarnya bukanlah satu isu, bahkan dalil yang digunakan oleh para pemimpin Pakatan iaiatu Laporan Ketua Audit Negara pun, tidak tepat bahkan menyimpang jauh.
Para pemimpin Pakatan menyedari satu kelemahan nyata rakyat Malaysia yang sangat sukar untuk diperbaiki iaitu kegemaran untuk mendengar tetapi tidak membaca. Laporan berkenaan sangat jelas menyatakan program tesebut tidak gagal tetapi para pemimpin Pakatan menyatakannya sebagai GAGAL SEPENUHNYA dan KUCAR-KACIR. Dari mana mereka memperolehi pernyataan tersebut dan mengapa mereka tergamak untuk berbohong dengan wajah selamba, rasa-rasanya ramai yang sudah dapat
meneka.
Laporan tesebut wujud dan boleh diperolehi dengan mudah. Namun sesuatu yang mengkagumkan ialah kesungguhan dan tanpa rasa segan silu para pemimpin Pakatan seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin mengenepikan apa yang tercatat di dalam laporan berkenaan sebaliknya mereka mencipta ungkapan serta situasi tersendiri.
Bermula dengan menyatakan projek berkenaan gagal dan menyelewengkan dana rakyat, setelah diberi penjelasan, para pemi pimimpin PKR nampaknya bersepadu untuk menjadikan isu tersebut sebagai primier mereka. Dari sehari ke sehari tindakan dan taktik yang digunakan semakin kejam dengan fitnah sebagai peluru utamanya.
Sebabnya mereka tahu, rakyat Malaysia dan kelompok yang menjadi pendengar mereka tidak akan pedulidengan cerita sebenar kerana sebagai pemimpin politik yang cukup terlatih untuk memutarbelitkan sebarang isu, mereka telah mendidik pendengar bahawa apa-apa sahaja yang mereka tuturkan adalah benar, tepat dan sentiasa betul.
Agak menarik, kalau kita perhatikan kepada beberapa isu yang sama tetapi hanya membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat, lain pula sikap mereka. Di Perak contohnya, sehingga sekarang, bekas Menteri Besar yang masih lagi menganggap dia adalah Menteri Besar Perak yang sah, tidak dapat menerangkan rasional 999 tahun pajakan tanah yang diberikan kepada penduduk kampung-kampung baru di Perak yang kita
ketahui sebagai tempat kepungan untuk memutuskan rangkaian komunis pada zaman darurat oleh penjajah British.
Kalau penjajah pun tidak memberikan anugerah 999 tahun, maka rasional apa yang membuatkan Nizar mengambil tindakan yang sama? Kerana itulah dalam kebanyakan daripada kempen Pakatan, maka perkataan RAKYAT akan ditekankan. Bukan kerana rakyat sangat, tetapi semata-mata untuk memastikan
rakyat terus terkeliru dengan tohmahan serta kempen fitnah yang keluar dari mulut para pemimpin Pakatan Rakyat sepert Nizar Jamaluddin.
Sama ada rakyat masih lagi terbuai dengan dendangan lagu-lagu Pakatan Rakyat atau mereka sudah pun sedar bahawa selama ini mereka telah didodoikan dengan lagu yang cukup melenakan sedangkan pada masa yang sama, yang dikatakan kononnya pendedahan tersebut melibatkan UMNO dan Barisan Nasional, padahal sebenarnya si pelaku adalah Pakatan Rakyat, bergantung sepenuhnya kepada berapa kerap dan
bersungguh-sungguhnya penjelasan yang boleh diberikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Mungkinkah pada PRU13 akan datang, rakyat Malaysia yang membuang undi sudah cukup tahu untuk membuat pilihan atau mereka masih lagi terdorong untuk mengundi berdasarkan cakap-cakap dan hasutan semata-mata?
Kita sama-samalah tengok nanti!

WINNABLE CANDIDATES... PERLU AKTIF DLM MEDIA SOSIAL


Dalam ucapan perasmian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC semalam, DS Najib Razak menyentuh mengenai winable candidates yang akan dipilih sebagai calon PRU13 nanti - salah satu bonus pointnya adalah aktif dalam media sosial. DS Najib memberi contoh dirinya sendiri yang berhubung secara langsung dengan rakyat jelata menggunakan Facebook & Twitter.

Sunday, 20 November 2011

KEGAGALAN PENYEDIAAN AIR BERSIH... BAKTERIA E.COLI CEMAR AIR DI KELANTAN..!!!

SEORANG penduduk menunjukkan perbezaan air yang disalurkan kerajaan negeri (kiri) dengan menggunakan tapisan air dan air mineral (kanan) di Machang, Kelantan.

Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan. Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan. Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan.

Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut. Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium. Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.

Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan.
Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l.

Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati. Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan.

Namun, bekalan air AKSB ke daerah lain didapati berada di bawah paras selamat yang ditetapkan. Dalam pada itu, bagi kandungan arsenik dalam air mentah, hanya Pasir Puteh dan Kota Bharu menepati piawaian pihak berkuasa. Machang mencatat pencemaran paling tinggi iaitu 0.072 hingga 0.083 mg/l. 

Walaupun air mentahnya tidak mengandungi arsenik, namun Kota Bharu tidak bebas pencemaran logam mangan. Ia muncul daerah tertinggi tercemar iaitu sekitar 0.38 mg/l diikuti Tumpat (0.31 mg/l) dan Pasir Puteh (0.28 mg/l). Mangan boleh menyebabkan gangguan saraf dikenali ‘manganism’ (menggeletar seperti pesakit parkinson) selain gejala psikiatri seumpama halusinasi. Kandungan mangan dalam air mentah di Bachok, Gua Musang, Machang serta Kuala Krai menepati standard kualiti air minuman yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, bagi pencemaran logam besi, Pasir Mas mencatat kandungan tertinggi iaitu antara 0.03 hingga 4.89 mg/l, diikuti Bachok (2.15-4.07 mg/l) dan Pasir Puteh (0.49-1.03 mg/l). Sampel-sampel air dari semua daerah juga secara ketara didapati mengandungi logam-logam lain yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merkuri, sainida, kadmium, sodium dan zink. Bagaimanapun, kandungannya berada di bawah paras yang dibenarkan.

Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli. Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.


Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman. Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli. Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.


Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes. Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.


Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus). Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.


Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.


Sumber  :::  Utusan Malaysia Online