BEAUFORT: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon di sini, pagi kelmarin, ditemui mati dipercayai dibunuh.
ADMIN harap salinan report polis ni bukan lah hasil edit atau saje-saje direka.... Ternyata isinya sangat memalukan. Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.
TEMERLOH : Akibat dendam, seorang pemandu lori dibunuh dengan kejam manakala empat rakannya parah selepas diserang sekumpulan 30 samseng bersenjatakan parang dan pedang samurai, di Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, semalam.
Sekurang-kurangnya tiga pelombong mati sementara 17 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan di sebuah lombong arang batu berdekatan dengan Selantik, Pantu Sri Aman sebentar tadi.
PETALING JAYA : Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.
MARANG - Ribuan kerang ditemui terdampar di sepanjang Pantai Rusila hingga Rhu Dua termasuk Pantai Pulau Kekabu, di sini, selepas solat Jumaat, semalam, menyebabkan orang ramai memenuhi kawasan pantai untuk mengutipnya.