Wednesday, 5 November 2014

'SAMSENG ASRAMA' MAKIN MENJADI-JADI.. PDRM MOHON IBUBAPA MANGSA BULI BUAT LAPORAN POLIS !!!

Video buli

SHAH ALAM – Polis setiap negeri sedang giat mengesan sekolah dan pelajar yang terlibat dalam dua klip video aksi buli yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, arahan khusus telah diberikan kepada semua pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri bagi mengesan perkara tersebut.

GADIS ULAR PERLU MENUTUP AURAT JIKA MAHU TERUSKAN PERSEMBAHAN

Pameran Gadis Bersama Ular Kelantan

KOTA BHARU 5 Nov - Kerajaan negeri memberi amaran untuk menghentikan Pameran Gadis Bersama Ular di Muzium Negeri di sini, sekiranya wanita berkenaan gagal mematuhi peraturan menutup aurat.

AMALAN MAKAN DAGING MENTAH : LELAKI ARAB 62 KALI BERKAHWIN, 5 KALI SENGGAMA SETIAP HARI ... !!!


Tu dia aihh.... sehari 24 jam... bayangkan 'hubungan intim' 5 kali sehari !!!  Bermakna setiap 5 jam beliau akan 'beraksi'... Tokeh minyak agaknya.... Tak perlu kerja, duit berkepok2 dalam bank ! He..he... he.... 

Tuesday, 4 November 2014

MAKTAB MAHMUD BUAT LAPORAN POLIS NAFI VIDEO SAMSENG ASRAMA BULI JUNIOR BERLAKU DI SEKOLAHNYA


Lihat video di sini

PADANG TERAP 4 Nov - Pengurusan Maktab Mahmud Padang Terap, di sini, membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang hari ini menafikan kejadian buli yang tersebar di laman sosial sejak malam tadi, berlaku di sekolah mereka.

ADIK RAFIKIN DITEMUI SUDAH TIDAK BERNYAWA ... AL-FATIHAH..


Operasi mencari seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, adik Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang sewaktu menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu sejak Sabtu lalu, berakhir dengan penemuan mayat, jam 6.35 petang tadi. SUMBER


Difahamkan jenazah mangsa yang ditemui tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan telah dibawa turun ke kaki gunung pada jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. 

JOSEPH KURUP MENTERI PELAMPAU KRISTIAN ???


PERKASA mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menggesa Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula siasatan yang melibatkan ancaman Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible.

BAPA 'IBLIS' DERA ANAK PEREMPUAN BERUSIA SETAHUN HINGGA MATI !!!

 Hiasan

KUALA LUMPUR 3 Nov - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera bapanya di rumah mereka di Jalan SS2, Petaling Jaya pada Jumaat lepas.