Monday, 16 December 2013

SHAFEE PALSUKAN AFIDAVIT. MAT ZAIN BUAT LAPORAN POLIS


Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) mengatakan peguam Umno itu memalsukan afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

MENTERI MUDA SARAWAK CEDERA DIROMPAK, KERETA DILARIKAN


KUCHING 16 Dis - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, Liwan Lagang dilaporkan dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.

ROSMAH TAMPIL BERI PENJELASAN TUDUHAN DAN FITNAH ...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

KECOH HANTU GALAH PANJAT FLAT .......

Kecoh di Facebook Cay Man R berkongsikan sebuah video yang mendakwa si perakam berjaya merakam kelibat Hantu Galah di Flat PPR Sri Semarak.

Hantu Galah yang berjaya dirakam itu dilihat sedang merangkak di dinding tepi bangunan dan berupaya memanjangkan tubuhnya seperti karekter Luffy dalam siri animasi Jepun, One Piece. 

RAJA JORDAN BERSAMA RAKYAT TOLAK KERETA TERSANGKUT DI SALJI

Jordan.jpg

AMMAN – Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II bin Al-Hussein mengejutkan rakyat jelata kelmarin apabila baginda dilihat membantu menolak sebuah kereta yang tersangkut di dalam salji di sebatang jalan raya di sini.

( VIDEO ) - SALJI TEBAL DI MESIR SELEPAS 112 TAHUN

Gambar yang agak luarbiasa... unta di atas salji.....

Ribut salji terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun juga turut melanda kebanyakan negara Timur Tengah, kawasan-kawasan di Kaherah, Baitulmuqaddis, Jerusalem hingga ke Syria telah diselaputi salji tebal. Ia merupakan kali pertama penduduk Mesir telah melihat dan mengalami salji dalam tempoh lebih 100 tahun.

CINA BOIKOT MCA

Seorang tauke Cina memutus untuk tidak melayan ahli-ahli MCA di kedai makannya.
Dia bertindak demikian kerana tidak menyetujui kenyataan setiausaha agung MCA Kong Cho Ha yang telah mengingatkan kaum Cina agar jangan mengamalkan sikap konfrontasi.