Wednesday, 29 May 2013

TIKET PALSU PUNCA LIMPAHAN PENONTON DI STADIUM DARULMAKMUR....???


PENYOKONG Pahang menunjukan tiket yang didakwa palsu (kiri) dan asli (kanan) untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim, di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi. 

Perlawanan kemudian terpaksa ditangguhkan berikutan penonton merusuh kerana perlawanan dibatalkan dan ditunda kepada satu tarikh yang akan dibertahu kemudian. FOTO Afif Abd Halim - myMetro

BUKTI TSUNAMI CINA ADALAH SAHIH.....


Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Mei lalu menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disebabkan tsunami politik pengundi Cina yang dibuat berasaskan polarisasi kaum - ramai pihak khususnya pembangkang menolak andaian itu.

Tuesday, 28 May 2013

PONTIANAK TIDAK BERTUAN MENCAKAR BUMBUNG RUMAH PENDUDUK....???

Sebelum ni, citer 'orang minyak' ganggu ketenteraman penduduk hebok diperkatakan di FELCRA Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak.... Terkini pontianak pulak 'berterbangan' di Kampung Sungai Ular, Kulim, Kedah..... 
KULIM – Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan ‘gangguan’ suara mengilai ‘perempuan’ meminta tolong.

HARIS, TAMRIN DI TAHAN SEMULA.....

Haris Ibrahim
PETALING JAYA  : Aktivis, Haris Ibrahim dan Ahli PAS, Tamrin Ghaffar telah ditahan semula selepas empat hari dibebaskan oleh majistret.
Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Haris - pemimpin Asal Bukan Umno (ABU) mengesahkan mereka telah ditahan semula pada pukul 7 malam.

TRAJEDI MENYAMBUT HARI GAWAI : BOT EKSPRESS LEBIH MUATAN KARAM, 181 SELAMAT, MASIH RAMAI BELUM DITEMUI....

bot-karam-belaga-2
Imej di atas adalah gambar bot malang yang karam (lihat penumpang yang mengambil risiko di atas bot) , telah diambil oleh penumpang yang tidak dapat menaiki bot tersebut. Gambar milik Borneo Post.

BOIKOT BARANGAN PENYOKONG DEMO JALANAN....MAKIN RAMAI BOIKOT LAGI BAGUS!!!!!


KUALA LUMPUR 28 Mei - Lebih 85 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus menggerakkan usaha memboikot barangan produk keluaran syarikat yang menyokong demonstrasi haram jalanan.

MAMPUKAH SETIAP UMNO BAHAGIAN MANTAPKAN CYBERTROOPER MASING-MASING...???


Setiap bahagian Umno perlu mempertingkat keberkesanan penggunaaan media sosial bagi menolak tohmahan yang dilempar pihak lawan meskipun bahang pilihan raya umum ke-13 sudah berakhir. Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana perkembangan media sosial mempunyai pengaruh besar serta berupaya mengubah minda dan persepsi rakyat.