Friday, 5 April 2013

PERGOLAKAN PR PAHANG DORONG BLOGGER JADI CALON BEBAS DI DUN TERUNTUM



Pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu.

Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau.

ALAHAI.....TOK MON TAK SERIK BERTANDING LAGI HANYA KERANA AMANAH ORANG LAMA.....




Warga emas, Maimun Jusuh, 94, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008, kali ini menawarkan diri sebagai calon di kawasan pilihan raya parlimen yang sama - Kuala Terengganu.
    
Lebih mesra dengan panggilan Tok Mon, beliau berkata hasratnya untuk bertanding lagi ialah "atas amanah orang lama".
    
"Menang (atau) kalah, tok bertanding sahaja sebab mengingatkan amanah orang," katanya kepada pemberita ketika datang seorang diri dengan 'teksi sapu' untuk mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di Kuala Terengganu.
    
Kedatangan beliau menarik perhatian wakil media yang berada di situ.
    
"Tok nak bertanding banyak kali dah, tapi dacing (Barisan Nasional) kuat belaka...nak cari pencadang dan penyokong, dua orang pun payah (sekarang)," katanya.

WANITA BOGEL DI SEBALIK BENDERA BN.... PASANGAN BLOGGER LUCAH..???


Pasangan kontroversi di Malaysia, 10 minit yang lepas telah memohon maaf kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) kerana memuatnaik gambar lucah yang disifatkan mereka boleh mempersenda dan menghina bendera BN. Gambar ini mendapat kritikan daripada ramai bloggers dan Facebookers malah CTS sendiri antara yang terawal mendedahkan perkara berkenaan. 

Hari ini juga, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dilaporkan oleh Utusan Malaysia, akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN. CTS berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik, dengan syarat, mereka melakukan semua itu kerana naif dan tidak didorong dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan dan cuba menjatuhkan BN.


***Rupa2nyer....keroje deme ye.... blogger lucah, post gmbar lucah.... apa ada hal....TETAPI... bendera BN dibuat mcm tu....pantang dato nenek, memang menyirap darah bro....!!!!

Thursday, 4 April 2013

SYARAT CALON PAS HANYALAH TIDAK HISAP ROKOK.... HISAP LAIN TAK APA.... kah!kah!kah!

Nik Aziz

PETALING JAYA - Setiap calon Pas yang bertanding sama ada di peringkat Dun atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mesti bebas rokok.
Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas.
"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.
Hanya itu sahaja syarat yang dinyatakan oleh Nik Aziz..... hanya satu syarat sahaja!!!
Ini bermakna Nik Aziz menghalalkan jika calon tu hisap benda lain.... heh!
Tidak disyaratkan pulak, peliwat, penzina, penipu........
Nik Aziz....Nik Aziz....bawak2 la berehat......

NIK AZIZ ADA CIRI-CIRI KHAWARIJ...???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewajarnya mengundur diri dari pentas politik negara kerana sering memberikan kenyataan yang penuh kontroversi dan mengundang pelbagai tafsiran.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

TERGEMPAR !!! MENTERI BESAR KEDAH KRITIKAL...???


Kesian  tengok menteri besar kedah jatuh tersungkur selepas mengadap YDP Agong bagi mendapatkan perkenaan pembubaran DUN Kedah sebentar tadi. Mungkin ini tandanya kejatuhan PAS kedah.

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mentadbir negeri itu dengan profesional.

ANWAR PENGECUT...LARI MALAM BAWA LUBANG KUNYIT KE GOPENG..???


TEMAN baru dapat tahu yang Anwar akan bertanding di Gopeng, memang sah Anwar takkan bertanding di Permatang Pauh.

Kenapa si kote bengkok ni tidak pertahankan kerusinya yang tidak pernah kalah di situ untuk PRU 13 ni?
  
Adakah dia sudah tau bahawa para pengundi di Permatang Pauh sudah hilang kepercayaan kepada pemegang title Al-Juburi ni...?

Sebaliknya... dia menyatakan hasratnya untuk bertanding di kawasan  54% pengundi cina tu...

APA AGENDA ANWAR...???
HABAQ MAI......