Thursday 4 April 2013

NIK AZIZ ADA CIRI-CIRI KHAWARIJ...???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewajarnya mengundur diri dari pentas politik negara kerana sering memberikan kenyataan yang penuh kontroversi dan mengundang pelbagai tafsiran.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.



Fathul Bari turut menyatakan bahawa kenyataan tersebut mempunyai ciri-ciri idelogi khawarij (mengkafirkan orang lain).

"Sekiranya benar (kenyataan tersebut dibuat), perkataan sebegitu merupakan salah satu ciri-ciri ideologi khawarij. Ini sama mengkafirkan orang, ciri-ciri ideologi khawarij. Orang-orang macam ini, tolonglah berundur dari politik," ujarnya ketika dihubungi Utusan Online.

Beliau menegaskan, negara ini memerlukan ahli politik yang menitikberatkan politik kasih sayang dan bukannya politik benci membenci atau kafir mengkafir.

Nik Abdul Aziz ketika berceramah di Kampung Jambu, Kota Bharu, Kelantan malam tadi turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah. - UTUSAN ONLINE


No comments: