Wednesday, 12 December 2012

{FOTO} KAEDAH SADIS PENYELUDUPAN MANUSIA

Demi sebuah kehidupan di negara orang yang pastinya dijanjikan dengan wang dan kemewahan, sebahagian mereka sanggup memasuki sesebuah negara yang dikatakan sebagai mewah... banyak peluang pekerjaan, dengan cara yang boleh dikatakan tidak masuk akal.

Sebuah negara yang bergolak politiknya, merudum ekonominya....rasanya tidak mungkin pendatang tanpa izin ini sanggup bersusah payah sedemikian rupa untuk memasuki sesebuah negara.... Jom lihat foto-foto mereka yang sadis ekstrem....


USTAZAH MEE SEGERA ABBY SEBUT 'ALLAH SAW' ....!!!!!

Allah 'SAW', kata Abby Abadi

Ketika dan saat ini.... siapa yang tidak kenal dengan wajah alis dicukur kepunyaan Abby Abadi ni....
PELAKON utama drama bersiri Gerak Khas, yang menyandang watak Inspektor Haliza kini berada dipuncak popularitinya. Malah popularitinya lebih melonjak dan sering menjadi bualan media serta masyarakat awam sejak beliau kerap hadir di pentas-pentas ceramah sebuah parti Politik tanah air (PAS).
Perubahannya yang drastik lantang bersuara di mikro sosial Twitter, demontrasi jalanan serta pentas ceramahnya berjaya mencetuskan banyak respon dari orang awam, sekaligus berjaya melonjakkan namanya...... malah mendapat gelaran yang tidak pernah disandang oleh mana-mana wanita pun sebelum ini.... USTAZAH MEE SEGERA PAS!!!
Bagaimanapun, desas desus orang mengatakan beliau kini bergelar Ahli Politik dan Penceramah serta Bekas artis ditepisnya dalam satu kenyataan pada laporan lalu, yang mengatakan beliau masih sayangkan dunia lakonan.
Terbaru, ketika memetik satu Hadis Riwayat Thabrani, Abby Abadi menyebut ALLAH “SAW”, yang mana SAW itu adalah untuk Rasulullah  kita, Nabi Muhammad SAW, manakala sepatutnya Allah SWT.
Sumber asal – Abby Abadi, Info Arits @ Forblogger.net

TAHNIAH ZAKIAH ANAS..... PILIH TARIKH 12.12.12 UNTUK AKHIRI ZAMAN JANDA....


#09 Gambar Pernikahan Zakiah Anas - ROTIKAYA

Dari blog Mazidul Akmal, dilaporkan bahawa bekas pengacara 999 TV3, Zakiah Anas telah selamat diijab kabulkan dan sekaligus bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati beliau, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42.

Pasangan tersebut sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dengan mas kahwin sebanyak RM13,500 tepat pukul 11.35 pagi tadi....sempena tarikh 12.12.12.  Majlis berlangsung di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan pernikahan di lakukan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi berwalikan abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.

Difahamkan Raja Shahrul Azmi adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan pelabur utama dalam busines produk penjagaan kulit Anaz Skin Care.

Lagi gambar-gambar menarik..... di sini  dan  di sini

KISAH ANAK MUDA PENANG 'TERSANGKUT' DI MEDAN PERANG GAZA....


Ketua Imigresen di Gaza memaklumkan hanya saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang berada di sana ketika perang berlaku pada 18 November 2012 lalu. Saya juga dimaklumkan ramai yang sudah pulang selepas Hari Raya Aidiladha yang lepas.

Demikian kisah seorang anak muda dari Pulau Pinang yang tidak pernah menjangka keputusan dirinya untuk memasuki Gaza buat kali pertama menyebabkan beliau ‘tersangkut’ dalam perang yang amat dahsyat.

PANASSS !!! AES RAKAM AKSI PEMANDU RABA PAYUDARA....!!!


Ini bukan gambar tipu.... bukan gambar edit....
Milik siapakah kenderaan MPV yang berjaya di rakam oleh kamera AES dengan menunjukkan aksi pemandunya sedang meramas buah dada penumpang di sebelahnya itu..?
Mungkinkah beliau adalah orang kenamaan...? Ahli politik.... pembangkang, kerajaan? 
Hello, beb!!!.. AES tidak mengenal siapa pemandu dan pemilik kereta ketika 'menjalankan tugasnya'. 

Di lalauan manakah aksi tersebut di rakam......?

AFDLIN BIKIN ABBY TERUS GILER MEROYAN...!!!

Foto dipetik dari Facebook Afdlin Shauki

Sebagaimana yang semua orang ketahui, Afdlin Shauki yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin telah diberi komen negatif oleh ustazah mee segera PAS yang sedang laris di pasaran pentas PAS, Abby Abadi...... Lihat twitter Abby :


Seorang wartawan yang turut menyertai delegasi tersebut mengkhabarkan melalui twitternya yang Afdlin Shauki berminat untuk merakamkan filem di bumi Gaza. Adakah Abby akan ditawarkan berlakon untuk filem tersebut agar giler meroyan yang sedang melanda hidupnya itu akan reda...? Heh.... kita sama-sama tunggu....!!!

AFDLIN BOH LAYAN TWITTER ABBY PERLEKEH MISI KE GAZA

Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin ketika tiba di KLIA, semalam.
Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin ketika tiba di KLIA, semalam.

Alhamdulillah, Afdlin Shauki yang menyertai Organisasi sukarelawan kemanusian Aqsa Syarif ke Gaza, Palestin, telah selamat tiba di Malaysia, lewat petang semalam. Ketika ditemui oleh wartawan Malaysian Digest.com sejurus beliau keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mengenai isu panas berkaitan kenyataan pelakon Abby Abadi di laman sosial Twitternya, baru-baru ini, Afdlin berkata : "Saya tak peduli fasal perkara (kritikan negatif) itu. Kerana fokus saya adalah pada Palestin. Pada saya jangan lah kita bersangka yang buruk kepada sesiapa yang bercakap (kritik) tu. Pada saya mungkin pihak yang kritik tu, dia tak tahu. Apa yang penting fokus kami adalah pada Palestin dan Gaza. Jangan lah cuba bawa isu ni ke isu lain, ia tak membantu sesiapa pun", 

Abby Abadi yang semakin aktif dengan aktiviti ceramah itu seolah-olah memperlekehkan niat suci Adflin, Bront Palarae, Zain Saidin juga delegasi Aqsa Syarif yang berlepas ke Gaza pada 3 Disember lalu bertujuan menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.