Saturday, 8 December 2012

KOPI TAHI GAJAH YANG DIGILAI RAMAI.......

Bayangkan biji kopi yang keluar bersama tahi gajah ini dibuat kopi dan anda menikmati keenakkannya tanpa prejudis...... !!!!!!!!!!!!

Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia – dihasilkan daripada tahi gajah.


Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

TERKINI : DS ZAHRIAN MOHD HASHIM KEMBALI KE PANGKUAN UMNO....!!!


Hari ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah berkunjung ke Pulau Pinang. Apa yang paling menggermbirakan ialah DS Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru bersama-sama dengan 300 orang penyokongnya telah menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, untuk kembali menyertai UMNO, sebentar tadi.

Welcome back, Dato' Seri.... TAHNIAH, kerana telah membuat pilihan dan keputusan yang tepat!

AWAS !!! 'CIVIL SOCIETY' DI MALAYSIA...!!!



Seorang peserta berkongsi pengalaman tentang bahayanya gerakan masyarakat sivil (civil society) di Malaysia semasa mendengar ceramah bertajuk “Liberalisme dan pluralisme kesannya ke atas akidah” oleh Ustaz Fathul Bahari Mat Yahaya di Bangi, 4 Disember.
Menurut peserta itu, liberalisme dan pluralisme adalah matlamat terakhir yang dibawa oleh gerakan masyarakt sivil yang ditaja Barat.
Sebelum mencapai matlamat itu, gerakan msyarakat sivil akan menggunakan pendekatan memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam dengan membawa empat agenda, iaitu agenda demokrasi,open governance, hak asasi manusia dan kebebasan individu.
“Tahun lepas, di Turki, Naib Presiden AS, Joe Biden menyuruh kerajaan Turki menghimpunkan ramai usahawan muda Turki yang diceritakan kaitan kebebasan individu dengan keusahawanan.
“Seminggu selepas itu, Hillary Clinton pergi (ke Turki) pada group yang sama bercerita mengenai kebebasan individu dan ditambah ‘kebebasan peribadi termasuk kebebasan beragama’,”katanya.
Menurutnya, inilah langkah-langkah halus yang dijalankan untuk mencapai matlamat terakhir itu.
Simbol Masyarakat Sivil Sedunia

Sumber : AIDC News

BALTIC ACE KARAM BERSAMA KERETA MITSUBISHI.....


Kapal kargo Baltic Ace bermuatan 1,417 kereta Mitsubishi tenggelam di perairan Rotterdam, Belanda. Kapal itu karam setelah berlanggar dengan kapal kontainer Corvus J di Laut Utara.

Kejadian itu bermula ketika kapal Baltic Ace berlayar dari Zeebrugge, Belgia menuju Kotka, Finlandia. Tapi di waktu yang sama kapal Corvus J melintas di perairan yang berada 65 km dari pesisir pantai bahagian tenggara Belanda.

Perlanggaran tidak dapat dielakkan Baltic Ace yang mengibarkan bendera Bahamas dan membawa barang muatan 1,417 kereta Mitsubishi dari Jepun dan Thailand akhirnya karam. "kereta Mitsubishi yang menuju Russia telah hilang," kata jurucakap Mitsubishi Rusia, Daniel Nacass.

OBAMA MASIH UNGGULI INDIVIDU PALING BERKUASA DI DUNIA......



WASHINGTON  - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sekali lagi dipilih sebagai individu paling berkuasa di dunia oleh majalah Forbes bagi tahun 2012.

Pemilihan kali kedua berturut-turut itu dibuat berdasarkan kemenangannya pada pilihan raya Presiden AS pada bulan lalu dan cabaran besar yang dilaluinya termasuk berdepan krisis bajet, pengangguran dan konflik di Asia Barat.

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Obama kekal sebagai ketua kuasa tentera paling kuat di dunia, mengepalai kuasa ekonomi dunia dan kebudayaan," kata majalah itu.

Friday, 7 December 2012

CUKUPLAH......JANGAN RACUNI FIKIRAN RAKYAT DENGAN RADIASI LYNAS..!!!!


KUANTAN :  Pengarah Urusan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata kini sudah tiba masanya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan semua tohmahan dan fitnah terhadap kilang itu.
Katanya pihak terbabit sebaliknya perlu memberi laluan kepada Lynas untuk beroperasi setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut, sekaligus membenarkan kilang itu beroperasi.

Mashal berkata kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membuktikan bahawa kilang itu selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang ramai dan alam sekitar.

BILA MUSA HASSAN BERSUARA........


Aku amat setuju dengan tindakan Musa Hassan yang menyelar tindakan KDN, sejak  Menteri Amaran ambil alih  KDN, keadaan negara bertambah kucar kacir lebih-lebih lagi bila menteri amaran ini hanya tahu memberi amaran, terbaru pertubuhan BERSIH itu diiktiraf sah.! 

Persoalannya:

1) Bagaimana sebuah pertubuhan yang  boleh mengkucar kacir negara di lebel sebagai SAH?

2) Pihak polis hanya membuang masa mengawal peserta Demonstrasi BERSIH.

3) Pihak polis dilihat  seolah tidak ada kuasa langsung  & dilihat tidak mampu mengawal peserta BERSIH  yang membuat huru hara.!