Friday, 7 December 2012

KISAH MENARIK 'TENTERA MALAIKAT' HAMAS.....

Warak bekalan jihad

GAZA : Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam. 

MUSA HASSAN SINDIR PEMBANGKANG....




SHAH ALAM : Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan menggulingkan kerajaan dengan budaya politik samseng tidak akan bertahan kerana mereka juga akan digulingkan dengan cara yang sama kelak.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Ini kerana politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.

"Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, budaya samseng politik akan berlaku,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk Samseng Politik, Di Mana Maruah Kita di Kompleks Media Karangkraf di sini, pada Khamis.

GLOBAL TERRORISM INDEX SAHKAN MALAYSIA AMAN DARI ANCAMAN MILITAN


KUALA LUMPUR  : Global Terrorism Index meletakkan Malaysia antara negara yang aman daripada ancaman militan iaitu di tangga ke-90 daripada 158 negara di dunia.

Menurut Pengarah Petugas Khas (Operasi dan Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Muhamad Fuzi Harun, laporan yang dikeluarkan Institute for Economics and Peace dari Amerika Syarikat itu berdasarkan kajian serangan pengganas seluruh dunia bagi tempoh 2002 hingga 2011.

Kejayaan negara berada sebaris dengan negara yang kurang dari segi aktivitikeganasan adalah hasil kecekapan dan ketangkasan pihak risikan polis sertakejayaan menumpaskan kegiatan pengganas di negara ini, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Khamis.

Thursday, 6 December 2012

POLIS GUATEMALA TAHAN TYCOON SOFTWARE




Taikun perisian, JOHN Mc Afee telah ditahan oleh polis Guatemala atas tuduhan memasuki negara itu secara haram. Beliau melarikan diri ke negara itu daripada buruan polis kerana pertuduhan membunuh di Belize.

McAfee, 67, berkata akan cuba mendapatkan suaka politik setelah dalam pelarian dan bersembunyi selama tiga minggu sejak polis Belize mengesyakinya atas kematian rakannya GREGORY Faull.

McAfee merupakan pengasas firma perisian anti-virus yang menggunakan namanya sendiri telah menyusup masuk ke sempadan dua negara Amerika Tengah itu. Teman wanitanya, SAMANTHA juga sentiasa bersamanya mendakwa Mc Afee akan dibunuh sekiranya tertangkap di Beliza. Beliau mendakwa bahawa Guatemala adalah negara yang memahami keadaan korupsi di Belize.

Tidak ada sebarang waran tangkap antarabangsa dikeluarkan terhadapnya dan beliau turut menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan yang dikatakan berpunca daripada perselisihan antara beliau dengan rakannya hanya disebabkan tidak berpuashati dengan anjing penjaga di rumahnya. Bagaimanapun, Perdana Menteri Belize memberi jaminan bahawa Mc Afee tidak akan diapa-apakan sekiranya menyerah diri dan kembali ke Belize.

ADA KONDOM DI TEMPAT MAYAT DITEMUI...!!!!!


Umum sudah pun mengetahui bekas jurusolek Amy Mastura yang pernah berkhidmat dengannya daripada tahun 1995 hingga 2004, Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, 52, telah ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kakinya diikat dengan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.

DR. MAZA NAFI AKAN JADI ADUN PKR...!!!

Asri Nafi Tanding Atas Tiket PKR

Awal pagi tadi, teman telah keluarkan artikel dari Antara Pos mengenai Dr. MAZA atau Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang bersetuju untuk bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau dikhabrkan akan diletakkan di DUN Penanti.

Bagaimanapun, hari ini, beliau menegaskan, masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menjadi calon untuk mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......


Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam  keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'.  Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.



Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......