Suaminya sudah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Tetapi empat balunya yang berbangsa Melayu, Cina dan India wajar dijadikan contoh kerana mampu mengekalkan ikatan silaturahim dengan mengadakan perhimpunan keluarga yang disertai kira-kira 60 orang.
Keluarga unik yang layak digelar keluarga 1 Malaysia itu adalah waris Allahyarham Ismail Abdul Hamid yang berkumpul di rumah isteri keempat Allahyarham Ismail di Tongkang Pechah di sini, semalam.