Sunday, 22 July 2012

MANA JANJI GUAN ENG TAHUN 2008 MASIH TIDAK DITUNAIKAN HINGGA KINI...


BUKIT MERTAJAM  - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.

“Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.

WANITA BOLEH MOHON CERAI JIKA HADAPI MASALAH KESIHATAN AKIBAT SUAMI MEROKOK...???

Pelbagai amaran diletakkan  di kotak rokok, namun tidak menghalang jumlah perokok yang kian bertambah. - Foto AP

Pelbagai amaran diletakkan di kotak rokok, namun tidak menghalang jumlah perokok yang kian bertambah. - Foto AP

Hakim beri syarat amalan merokok ancam kesihatan 

Riyadh: Wanita Arab Saudi yang berdepan masalah kesihatan kerana suami mereka merokok dibolehkan memfailkan kes cerai terhadap suami, kata hakim yang ditemubual akhbar Al Watan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Ebrahim Khodairi, berkata peraturan undang-undang dipohon dalam kes seperti itu yang boleh sampai ke tahap perceraian. 
Jejas kesihatan 

“Jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang merokok dan disebabkan perbuatan itu si isteri mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan alahan teruk, selepas menyatakan beliau sebenarnya tidak mahu mengahwini perokok, perkahwinan mereka perlu ditamatkan kerana kerosakan disebabkan asap rokok dan pasangan berkenaan sudah tidak boleh hidup bersama lagi,” kata Khodairi. 

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kes wanita yang memang mengetahui bakal suaminya merokok sebelum berkahwin. 

Tambahan lagi, tempoh perkahwinan adalah satu lagi faktor bagi hakim untuk diambil kira, tambahnya. 
Sebagai contoh, kes wanita yang sudah berkahwin 20 tahun dengan perokok, akan digugurkan kerana wanita berkenaan sudah menerima hakikat itu. 

Terima pelbagai reaksi 

Kenyataan Khodairi menerima pelbagai reaksi yang disiarkan laman web rangkaian sosial. 

“Bagaimana saya hendak meyakinkan suami saya supaya berhenti merokok?” soal seorang wanita Arab Saudi. 

“Saudara lelaki saya merokok dan saya tidak tahan dengannya. Jika ini kesnya, semua wanita akan diceraikan,” kata seorang lagi lelaki, merujuk kepada peratus tinggi perokok di Arab Saudi. 

Menurut perangkaan rasmi, ada hampir enam juta perokok di Arab Saudi termasuk 600,000 wanita dan 772,000 remaja, pelajar sekolah menengah dan tinggi. 

Arab Saudi adalah pengimport keempat terbesar rokok dunia, lapor akhbar. – Agensi

KANTA LEKAP DAN HUKUMNYA.....




Ustaz Ahmad Adnan yang di petik dari blognya DI SINI menjelaskan tujuan pemakaian kanta lekap adalah terbahagi kepada dua iaitu : 

1. TUJUAN PERUBATAN- bagi orang yang memakainya kerana masalah mata yang di hadapinya  memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat  tak mendatangkan mudarat.

2.TUJUAN PERHIASAN-bagi  yang memakainya sekadar suka-suka bukan kerana keperluan (bukan masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan di haruskan selagi tidak melanggar syarat iaitu : 
  • tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  • tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain
  • tidak mengubah ciptaan Allah
  • tidak merupa penipuan atau pemalsuan
  • tidak menyerupai perbuatan orang kafir
  • tidak berkebihan
  • tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat -syarat di atas sebahagian ulama telah memfatwakan haram memakai kanta lekap yang berwarna (mengubah warna mata yang asal)kerana ia mengubah ciptaan Allah,berupa penipuan ,pelmalsuan dan meniru perbuatan orang kafir serta membawa kemudaratan sebagaimana yang telah di sahkan oleh doktor.

Ditambahkan lagi bagi perempuan boleh mendatangkan fitnah iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya. Bagi penggunaan kanta lekap dalam pengambilan wuduk,solat dan puasa tidak menjejaskan ibadat. Bahagian dalam mata tidak wajib di basuh atau di sampaikan air kepadanya dan yang wajib hanya diluar sahaja iatu kelopak mata. Begitu juga dengan puasa. Menurut ulama memasukkan sesuatu kedalam mata tidak membatalkan puasa. Solat juga tidak terjejas kerana memakai kanta lekap.

MAHASISWA MUSLIM BERPUASA DI AMERIKA DIANGGAP SEDANG BERDIET......


Puasa tidak sekadar menahan lapar dan dahaga. Puasa adalah cara berlatih mengontrol diri dari nafsu buruk, serta lebih dekat kepada Yang Maha Pencipta. Bagi kita yang berpuasa dan tinggal di Malaysia, menjalankan puasa relatif lebih mudah kerana kita dikelilingi oleh orang-orang yang juga berpuasa seperti kita dan semua restoran atau gerai makanan yang dikendalikan oleh orang Islam tidak akan dibuka kecuali pada waktu selepas Zohor.....
 messageinternational.org


Bagaimana dengan mereka yang ada di negara yang majoritinya non-muslim? Sejujurnya, tak semua orang yang berkewajiban berpuasa mampu menjalankannya dengan penuh khusyuk. Namun, ramai juga yang melakukanya dengan setulusnya.

Mari kita ikuti bagaimana mahasiswa-mahasiswa muslim di Amerika Syarikat menjalan ibadah puasa mereka....seperti yang ditulis di sini .....
Abdullah Shamari

TUKANG MASAK ROBOT, DAYA TARIKAN RESTORAN ...!!!


Sebuah restoran mee di China berjaya menarik perhatian para pelanggannya dengan seorang 'pekerja' yang unik. Restoran itu menggunakan khidmat robot sebagai tukang masaknya.

Restoran yang terletak di Jilin itu menarik para pengunjung dan penduduk sekitarnya untuk datang dan mencuba masakan mee yang dibuat oleh robot yang mirip 'Ultraman' itu. Malah pengunjungnya pun mengaku terkesan dengan robot unik ini....

Sementara itu, pemilik restoran tersebut mengaku, tugasan memasaknya kini jauh lebih mudah.... 'Saya tidak perlu menggajinya dan untuk bekerja selama 12 jam, robot ini hanya memerlukan elektrik sebanyak 3 kilowatt", ujar pemilik restoran Qian hu.  

Hu mengatakan pekerjaan dari robot itu pun tidak jauh berbeza dengan tukang masak manusia. Bahkan, robot itu mampu membuat mee yang jauh lebih tipis dari biasanya.

Qian Hu membeli robot itu dengan harga 20 ribu Yuan . Dengan harga itu, Hu sudah memiliki pekerja restoran yang efisien................

KENAPA NASRUDDIN BERBOHONG..???


Perkara ini berlaku sewaktu berlangsungnya debat dia antara dua Ustaz Muda, diantara CEO Ilmuan, Ustaz Fathul Bari dan KP PAS, Nasrudin Tantawi. 

Dalam salah satu sesi debat, Ustaz Nasrudin telah mempertikaikan MCA yang menyerang serta mempersoalkan hukum hudud dan tiada maklum balas dari orang UMNO. Dengan tenang, ustaz Fathul Bari menyambut bahawa, Karpal Singh juga menyatakan perkara yang sama supaya melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum boleh melaksanakan negara Islam.

Dek kerana tersepit, dan mungkin juga sebab malu dibidas dengan kenyataan Karpal Singh, Nasrudin Tantawi terpaksa menggunakan pendekatan reka cerita kanak-kanak dengan menjual nama karpal Singh.
"Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Sekarang, dalam Konvensyen PR di Pulau Pinang baru-baru ni..katanya, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula....”

Itu kata Nasrudin.. apa pula kata Karpal.??
Wartawan NST dalam satu perbualan telefon bersama Karpal untuk mengesahkan perkara ini terkejut kerana Karpal kedengaran berang dengan kenyataan Nasrudin yang dilihat sebagai menJUAL namanya.

“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times.“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the DAP stalwart, who is
well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.

 Amat malang bagi Nasrudin bila cerita kartunnya membuatkan Karpal Singh naik hangin dan mempersoalkan bagaimana Nasrudin tergamak keluarkan kenyataan sedemikian kepada umum.

So Nasrudin... soalan aku... bagi penjelasan sikit boleh tak...kata bawak imej Islam? Berbohong ni macam mana? - Waris Amp

Berikut ULASAN DARI USTAZ FATHUL BARI :-



sumber: PaperWaris

SULTAN JOHOR AMPUN DAN BEBASKAN 8 BANDUAN SEMPENA RAMADHAN 1433 H


“Saya tak dapat bayangkan macam mana besarnya cabaran selepas dibebaskan ini, maklumlah dekat 30 tahun terkurung dalam penjara, tetapi saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah dan berterima kasih sungguh kepada Sultan Johor di atas pengampunan ini”.

Hanya itu yang mampu dilafazkan Mel (bukan nama sebenar),58,salah seorang daripada lapan orang banduan yang dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor,Sultan Ibrahim sempena bulan Ramadan pagi tadi.Mel ditangkap setelah terlibat dalam kes senjata api dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat sejak tahun 1982 lagi.Sejak itu,Mel sudah beberapa kali membuat rayuan untuk dibebaskan namun semuanya hampa.Namun kira-kira tiga bulan lepas,dia mendapat khabar gembira yang dia akan dibebaskan daripada menjalani hukuman tersebut.

” Nak tahu lama tak lama saya kat penjara…waktu saya masuk ke ‘dalam’,stesen televisyen TV3 pun tak wujud lagi,” katanya sambil tersenyum.