Apa kejadah Nik Nazmi nak spin isu ni dengan mengaitkan dengan Amerika?
Isunya sekarang ini adalah ANWAR MENYOKONG ISRAEL. Fokus Nik Nazmi, fokus!
Nik Nazmi sedang 'fokus' kepada cengkaman tangannya terhadap gelas
Lelaki Kritikal Selepas Bakar Diri Halang Kuil Diroboh
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kritikal selepas bertindak nekad membakar dirinya bagi menghalang sebuah kuil di pusat bandar Puchong dirobohkan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, lelaki tersebut, M.Chakragunasegaran, 52, melecur di muka serta beberapa bahagian badannya, berjaya diselamatkan orang ramai dan sedang dirawat di Hospital Serdang.
"Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi ketika lebih kurang 200 orang kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan, dan lelaki itu (yang) menjerit-jerit jangan roboh, jangan roboh, tiba-tiba membakar dirinya.
"Lelaki itu lalu pengsan dan diselamatkan oleh mereka yang berada di tempat kejadian, dan dikejarkan ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi, Isnin.
Beliau berkata, polis telah membuat satu laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Puchong dan siasatan masih dijalankan.
Abdul Razak berkata, selepas insiden berkenaan, kerja-kerja meroboh sebahagian daripada kuil itu berjalan lancar.
Difahamkan, notis arahan yang dikeluarkan MPSJ pada 26 Oktober lepas kepada anggota persatuan kuil itu, telah memberi tempoh tujuh hari untuk berpindah kerana sebuah tadika akan dibina di kawasan tersebut.
Sementara itu, adik lelaki itu, M.Alagan, 45, memberitahu bahawa abangnya bertindak demikian kerana bimbang kuil berusia 10 tahun itu akan dirobohkan pihak berkuasa.
"Apa yang saya boleh beritahu, abang saya kini masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) hospital itu," katanya. - BERNAMA
Masyarakat India bantah MBSA roboh kuilDI SINI
SHAH ALAM 12 Dis. - Kira-kira 50 penduduk berketurunan India kecewa apabila usaha mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah tindakan meroboh sebuah kuil di Jalan Persiaran Glenmarie di sini gagal kerana tiada wakil kerajaan negeri tampil untuk menerimanya.
Mereka yang tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 1.20 petang terpaksa menunggu kehadiran wakil dari pejabat Menteri Besar di pintu utama bangunan tersebut selama setengah jam sebelum pengawal keselamatan memaklumkan tiada wakil Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan hadir.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S. Thiagarajan yang menjadi jurucakap mereka berkata, sepucuk surat telah dihantar pada 9 Disember lalu kepada pejabat Menteri Besar bagi memaklumkan kehadiran mereka hari ini.
"Kami sedar hari ini cuti umum di Selangor, tetapi kami telah maklumkan kepada pejabat Menteri Besar dan apa salahnya mereka hantar seorang wakil untuk menerima memorandum ini.
"Mereka tidak boleh menjadikan cuti umum sebagai alasan untuk tidak hadir bertemu kami kerana kami pernah menghantar satu memorandum kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri di pejabatnya pada 27 Julai 2007 yang jatuh pada hari Ahad dan beliau sendiri sanggup meluangkan masa bertemu kami," katanya.
Thiagarajan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan kuil berkenaan pada 24 November lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak jawatankuasa kuil.
Katanya, ketika proses merobohkan kuil berkenaan, anggota MBSA seolah-olah tidak menghormati rumah ibadat itu apabila bertindak memecahkan beberapa patung berhala menggunakan tukul besi.
"Kami sangat kecewa, mereka sepatutnya memberi peluang kepada kami untuk mengalihkannya dan bukan memecahkannya yang langsung tidak menjaga sensitiviti kami," tegasnya.
Tambahnya, pihaknya juga kesal apabila pentadbiran Abdul Khalid tidak mengotakan janji ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pembangkang tidak akan merobohkan mana-mana kuil di seluruh negeri ini, tetapi sekarang jelas ia hanya janji kosong.
"Sehingga hari ini, kerajaan negeri telah merobohkan kira-kira empat buah kuil di seluruh Selangor dan tiga lagi akan dirobohkan selepas menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan," jelasnya.
Katanya, penduduk juga menuntut Abdul Khalid supaya memberi sebidang tanah di kawasan berhampiran sebagai ganti kepada kuil yang telah dirobohkan itu.
| Rupa sebenar EXCO AGAMA (termasuk lain-lain agama) |