Tuesday 31 January 2012

BUKTI - KPN SIHAT WALAFIAT....

GAMBAR: Bukti Ketua Polis Negara Masih Sihat Walafiat...

Kelmarin kecoh satu Malaysia bila Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar didakwa telah meninggal dunia di London.
Ia dikatakan tersebar seawal pukul 3 pagi tadi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.
Yang pastinya Ismail masih sihat walafiat.
Di atas itu antara gambar-gambar kiriman beliau di London sempena lawatan kerjanya bersama polis United Kingdom.
Penulis memperolehinya dari laman Facebook PDRM.
Beliau dijadualkan akan menyampaikan taklimat tentang keselamatan semasa di Malaysia selain melawat pameran peralatan keselamatan terkini yang dikhaskan kepada pihak berkuasa dan keselamatan masyarakat yang memfokuskan kepada tiga aspek iaitu jenayah dan kepolisan, keselamatan dan ‘counter terrorism’ serta keselamatan sempadan.
Sementara itu dalam akhbar Sinar Harian, anak sulungnya menyatakan rasa kesal di atas berita tersebut.
“Ayah saya sedang bersiap untuk menghadiri majlis makan malam sewaktu khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia.”
Demikian kata Muhammad Amsyari, anak sulung Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika menafikan berita kematian ayahnya.
Menurut Amsyari, beliau mendapat khabar angin itu melalui SMS dan panggilan telefon daripada kenalannya, kira-kira jam 1 pagi.
“Anak mana yang tidak terkejut apabila mendengar berita kehilangan insan tersayang. Inikan pula ayah dengan mak (Puan Sri Suriati Md Sobri) berada di London.
“Selepas mendapat berita itu, saya terus menghubungi mak bagi mendapatkan penjelasan sebenar. Mujur ia hanya khabar angin.
“Pagi tadi, selepas selesai solat Subuh, saya dapat bercakap dengan ayah dan ibu. Syukur, mereka sihat dan selamat,” katanya - MNH

No comments: