Wednesday, 4 January 2012

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU...???



UPSI Safwan Anang Pembohong - Keterangan Dari Doktor Yang Dirahsiakan Identiti?


Safwan Anang yang sebelum ini dilaporkan dipukul sehingga 'nazak' oleh pihak polis mendakwa dirinya mengalami patah rusuk. Semalam Haprakah Daily lidah rasmi PAS turut melaporkan pembohongan tersebut walaupun mereka tiada sebarang keterangan laporan kesihatan dari hospital.

Blogger M.i.M yang juga seorang doktor turut melaporkan dalam entri beliau semalam bahawa laporan oleh lidah rasmi PAS itu menimbulkan keraguan. [KLIK SINI]

Peguam Safwan Anang juga semalam mengaku bahawa beliau belum menerima apa-apa laporan kesihatan dari pihak hospital :

"Jika merujuk kepada Malaysian Insider, peguam Safwan Anang mengatakan bahawa pihaknya kini masih lagibelum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River!"
Sekejap tadi saya menerima satu emel yang mendakwa beliau merupakan kakitangan Hospital Slim River yang menerima pesakit pada malam tersebut. Walaubagaimana pun beliau mahu identitinya dirahsiakan -

Emel yang dihantar kepada saya menerangkan secara terperinci keadaan Safwan Anang ketika dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan :

Muhamad safwan anang was brought to hospital slim river following the allaged scuffle with the police during demostration at UPSI. He claimed sustaining loss of conciousness (LOC) during that event. He however, was fully concious upon arrival at Hospital Slim River. 
Physical Examination showed that he sustained small abrasion over his lower inner lips and soft tissues injury over his chest. . Chest x-ray did not show any rib fractures or pneumothorax. 
There was no internal injury. He had an old cheekbone  fracture. During his hospital stay for more than 24 hours, he was very stable, he can talk, can eat normally, he did not exhibit any symtoms or signs of head injury and was discharged home this afternoon. 
Allegation that he was punched twice on the face,kicked on his chest was baseless as there were no evidence of such pattern of injuries. However, such pattern of injuries as sustained by him may be contributed to fall and can occur during scuffling. 
The news that he comatose or had life threatening injury as a result of the schuffled was a total lie. If somebody comatose, he definetely will not be left on the streacher alone and addmitted to the general ward. 
If he comatose, he will require assisted ventilation to support his breathing and placed in the intensive care unit. Furthermore, he will not be discharged the next day.

The other guy (Ammar) sustained linear laceration above the nasal bridge and required suturing to close his wound. This pattern of injury consistent with the injury caused by sharp objects.
 
No evidence that he was punched or injury caused by blunt objects. He received outpatient treatment and was subsequently discharged home.
Kesimpulannya adalah kecederaan Ammar disebabkan objek tajam mungkin berpunca daripada serpihan kaca pintu yang dilanggar sehingga pecah oleh mereka sendiri.

Yang keduanya Safwan Anang mendakwa dirinya pengsan ketika dibawa ke hospital merupakan satu fitnah.

Mereka ini sudah dilatih dan diajar untuk melakonkan watak-watak sebegini semata-mata meraih simpati politik daripada mahasiswa dan rakyat Malaysia.

CREDIT TO -->> DOUBLE - Y


SEBELUMNYA.... SILA IKUTI SIARAN ULANGAN MATI HIDUP SEMULA: 'DRAMA TERHEBAT' PUAK2 YANG DI BAWAH PENGARUH 'ALKOHOL' ANWAR ...... KLIK DI SINI  

VIDEO : KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA..!!!!

Paparan dari blog2 pembangkang, tidak ada yang menyebelahi polis apabila polis bertindak agar semua yang membuat rusuhan di UPSI kelmarin supaya bersurai..... Tuduhan kononnya polis bertindak ganas dengan memprovosaki dan membelasah mahasiswa-mahasiswa tersebut cukup hebat dimainkan oleh pembangkang.... Mereka menggambarkan seolah-olah polis Malaysia lebih samseng dari SAMSENG itu sendiri.....


YE MEMANG BETUL.... DARI PAPARAN VIDEO BERIKUT..... POLIS TELAH BERTINDAK GANAS..............!!! 



TE......TA....PPPPPIIIIIIIIIIII............. ITU BUKAN KES POLIS DI MALAYSIA...!!!!!!!!!!!
ITU JUGA BUKAN KES DEMONSTRASI DI UPSI......!!!! IANYA BERLAKU DI INDONESIA....

ULANG..... BERLAKU DI INDONESIA..!!!!!

Zalim ....hanya itu perkataan yang mampu saya luahkan bila melihat tindakan ganas polis Indonesia menyuraikan penunjuk perasaan yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Of Hassanuddin di Indonesia.

Keganasan ini telah menyebabkan beberapa mahasiswa terkorban dan ramai yang cedera teruk, bukan setakat patah rusuk, patah gigi, tergigit bibir malah ada yang patah tulang belakang.

Ganas bukan...

NAMUN BEGITU KITA BANDINGKAN PULA.... 'KEGANASAN' POLIS MALAYSIA DALAM MENYURAIKAN PENUNJUK PERASAAN 'PERUSUH' KETIKA DEMONTRASI DI UPSI... 



Minit 4:20 pula kedengaran pelajar memprovokasi pihak polis dengan mengeluarkan kenyataan :

"Kalau pun polis hendak bertindak kasar seperti mana yang kita kena di KL Sentral silakan..." 
Minit 4:37 bermulanya perbincangan polis bersama wakil pelajar yang memberikan mereka masa selama 15 minit selepas itu mereka diminta bersurai, namun tidak dipersetujui pihak polis memberikan masa selama 30 minit.

Selepas masa yang diberikan tamat barulah Ketua Polis Daerah Tanjung Malim menggunakan hailer meminta mana-mana individu yang hadir berkumpul beredar dan masa yang diberikan untuk mereka bersurai adalah 15 minit.

Dengar pada minit 6:57 turut kedengaran suara sumbang menjawab "Kami tidak akan bersurai".

Jadi siapa provok siapa...?

Polis beri masa 15 minit untuk bersurai, tetapi 'mahasewel' ini bertindak panjat pagar?

Siapa yang ganas dan siapa yang biadap...?

Budak tadika pun boleh melihat bagaimana lembutnya sikap polis kita dalam melayan karenah 'mahasewel' ini.

Mahasiswa lain jangan ambil hati jangan marah-marah, anda tak sewel - yang 'sewel' hanya geng-geng Adam Adli, SMM dan BEBAS sahaja!



CREDIT TO -->> DOUBLE - Y 

Tuesday, 3 January 2012

GAMBAR2 PANAS PELAJAR CEMERLANG SPM 2004.....



Penulis hampir tidak percaya apabila menatap gambar-gambar seksi dan sensasi di paparan facebook dan di entry blog kawan-kawan ini adalah pelajar cemerlang SPM tahun 2004, Nik Nur Amalina Che Bakri yang memperolehi 17A1 ketika itu.




Nik Nur Amalina telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Edinburg dalam bidang perubatan dengan dibayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia tetapi dikhabarkan telah gagal di dalam peperiksaan pada tahun 2009 dan sekaligus gagal untuk meneruskan pengajian di situ.





Jika benar, gambar-gambar sensasi ini adalah gadis yang dilahirkan pada pada 1987 dan berasal dari Kelantan dengan membawa nama NIK NUR AMALINA CHE BAKRI.... penulis sangat kecewa dengan perubahan pada dirinya....


Seorang gadis melayu dari pedalaman tetapi.. cerdik pandai....bertudung.... boleh berubah dan hilang identiti kemelayuan semata-mata kerana pengaruh kawan-kawan apabila berada  di bumi barat...!!!


Ini yang kita ketahui.... BAGAIMANA DENGAN YANG TIDAK KETAHUI....????











KALAU TUJUAN KE LUAR NEGARA UNTUK MENUNTUT ILMU TETAPI KEMUDIANNYA HARGA DIRI TERGADAI..... LEBIH BAIK MENUNTUT SAJA DI UNIVERSITI DALAM NEGARA 
MURAHNYA NILAI KEMELAYUAN DLM JATIDIRI ANAK-ANAK MELAYU HARI INI...


SEBELUMNYA... GAY MELAYU DI GREECE.....GAY BOY

Monday, 2 January 2012

DALANG DEMO PELAJAR UPAHAN ANWAR DI DEDAH...!!!

Hanya beberapa kerat sahaja dalang mahasiwa kaki demo yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan modus operandi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) itu.
1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah kerajaan negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana.
Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dilantik menjadi Pengerusi SMM.
Hebat sungguh cara susunan Anwar yang ‘amat demokratik’, dari susunan PKR diaturkannya, hinggalah sampai kepada kepimpinan pelajar.
Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM.
Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.
Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Prof. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.
Syukri syok sendiri dijulang sebagai hero ketika demo di masjid UIA bela Aziz Bari. Pelajar UIA pun tak terlibat, Syukri dari KUIS pula yang terlebih sudu
 
Bila malam menjelma, maka muncullah knight of the templar yang menyalakan candlelight vigil
Pelik kan.. pelajar KUIS menyamar jadi pelajar UIA yang kononnya berlagak Islamik, tetapi apabila malam menjelang, si peyamar yang kononnya Islamik itu terjebak pula dengan upacara warisan Kristian, bakar lilin (candlelight vigil).
2. Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR.
Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin.
Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara.
Memang jauh api dari panggang. Adam Adli sebenarnya seorang penakut, buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu tempelengnya.
pemuda-pemuda PKR sedang menyorok-nyorok di belakang Adam..
Adam dikenakan tindakan tatatertib oleh UPSI yang dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari.
3. Khalid Ismath, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang merupakan mahasiswa pro-Syiah.
Menurut penaminang.blogspot.com kemunculan Khalid Ismath sebagai mercu tanda Syiah sudah tunjuk taring di Malaysia.
“Ini kerana SYIAH di Malaysia ini tidak sebulu dengan kerajaan Sunnah di tanah air kita ini. Jadi untuk menampilkan ‘Kesyiah’annya, mungkin sedikit sukar, kerana umat Islam di Malaysia ini masih teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah. Maka kaedah untuk mengoyangkan Ahli Sunnah di Malaysia ini adalah dengan bergerak atas manhaj Politik. Dengan politik syiah seperti Khalid Ismath ini lebih mudah mendekati mahasiswa-mahasiswa pro khawarij”, kata blogger itu.
Foto di sebelah disusun oleh penaminang yang menunjukkan perkaitan Khalid Ismath dengan Anwar Ibrahim. Dari kultus Anwar maka beraraklah siswa pro syiah itu menuntut pemansuhan AUKU, sedangkan semasa Anwar menjadi Menteri pendidikan, beliau sendiri tidak berusaha meminda AUKU, apatah lagi mahu memansuhkannya.
4. Syazni Munir Mohd Ithnin, pelajar KUIS.
Menurut penaminang, Syazni asalnya pelajar UM yang terlibat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Syazni, berasal dari Segamat, Johor. Pernah menjadi Presiden PMIUM, namun kerana keaktifannya, dia gagal menyeimbangkan antara akademik dengan kegiatan pelajar menyebabkan dia gagal menamatkan pengajian di universiti tertua itu.
Sekarang melanjutkan pelajaran di KUIS. Asalnya gah..Presiden PMIUM 2009/2010, yang turut dilantik Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi SMM yang gah mengarahkan anak buahnya termasuk dari universiti lain, kini terpaksa terima hakikat, gah tak kemana bila pelajaran tidak habis.
Sekarang terpaksa diturunkan pangkat, dari Pengerusi SMM menjadi pengikut kepada Ahmad Syukri di KUIS yang bergerak mengikut telunjuk sang kultus.
Shazni kena terima hakikat, sekarang godfather siswa bukan lagi Dewan Pemuda PAS, sekarang zaman desperado sang kultus yang memerlukan pengikut, hingga terpaksa turun sampai ke akar umbi siswa.
Sang Kultus perlukan proksinya, bukannya ‘budak PAS’, sebab itu sang kultus beri isyarat pilih Ahmad Syukri.
Semasa di UM, pada 18 Julai 2009, Shazni ditahan polis berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya.
Shazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian conteng dan ‘petrol’ pada 24 Jun 2009 dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dibicarakan mulai 7 Disember 2009.
Pintu masuk dewan kuliah utama API diconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” dan menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kempen derma ‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ bagi anak-anak Palestin di kampus itu.
5. Muhammad Safwan Anang @ Talib, Presiden PMIUM sesi 2011/2012 juga merangkap Pengerusi
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Timbalan Presiden GAMIS.
PMIUM pertubuhan sah di UM, tetapi BEBAS dan GAMIS merupakan pertubuhan haram.

DATUK SALLEH MAJID SELAMAT DIKEBUMIKAN.....


Bekas Presiden Bursa Malaysia dan pakar ekonomi tersohor Datuk Salleh Majid, 62 telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.20 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat penyakit kanser usus dan kegagalan buah pinggang.
Jenazah allahyarham akan bawa ke rumah bondanya di 1055 Jalan Hj Mokhtar, Kg Pasir, Ulu Kelang dan disolatkan di Masjid Kg.Pasir, Ulu Kelang.
Jenazah beliau kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Kelang di sini petang ini sejurus selesai solat jenazah yang menyusuli solat Asar di masjid tersebut.

Antara yang menziarah jenazah Allahyarham yang dibawa ke rumah ibunya di Kampung Pasir, Hulu Kelang ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman. — BERNAMA

SIAPA BLOGGER PEMBOHONG YG AKAN DISIASAT POLIS..???


Blog-blog pro-Pakatan sebenarnya cuba memanipulasikan sebarang berita yang berkaitan dengan Adam Adli serta gerombolan pelajar-pelajar universiti yang tidak berpuas hati dan gila demonstrasi. Justeru sebarang berita yang dianggap boleh meraih simpati dan meningkatkan kebencian awam terhadapi institusi penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM, maka mereka akan berusaha untuk memanipulasi berita tersebut dengan sedaya upaya.
Tengah malam Tahun Baru 2012 menyaksikan Adam Adli serta kumpulan pelajar yang menganggotai SMM dan BEBAS membuat demonstrasi di hadapan UPSI. Alasan kepada demonstrasi tersebut adalah KEBEBASAN AKADEMIK dan SELAMATKAN ADAM ADLI. Adam Adli yang menjadi penyebab utama demonstrasi tersebut dikutuk dan dihina oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana berperangai biadap dalam satu demonstrasi yang menyaksikan bendera berwajah Najib Abdul Razak diturunkan.

MB PERAK PRIHATIN DAN SIMPATI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN NGERI....

MB PERAK MELAKUKAN KUNJUNGAN MENGEJUT KE RUMAH KELUARGA MANGSA KEMALANGAN NGERI YANG BERLAKU DI BATU 6, LALUAN LEKIR SITIAWAN MENJELANG TAHUN BARU 2012...


"KERAJAAN NEGERI SANGAT BERSIMPATI DENGAN KELUARGA MANGSA YANG KEHILANGAN ANAK-ANAK REMAJA LELAKI YANG MASIH BELAJAR ITU, SAYA SEBAGAI BAPA DAPAT MERASAI BETAPA HIBANYA KEHILANGAN ITU..."


"DI SINI, KERAJAAN NEGERI AKAN MENYUMBANGKAN RM5,000.00 KEPADA SETIAP MANGSA KEMALANGAN TERSEBUT, TERMASUK REMAJA YANG BERASAL DARI KELANTAN YANG MERUPAKAN PEMILIK KENDERAAN MPV HONDA STREAM ITU. KERAJAAN NEGERI JUGA TURUT MENYUMBANGKAN JUMLAH YANG SAMA UNTUK TIGA  KANAK-KANAK MANGSA LEMAS DI SUNGAI PERAK DI KUALA KENDERONG, GRIK, PADA HARI SABTU LEPAS"


"JUMLAH SUMBANGAN ITU ADALAH KECIL DAN TIDAK TERBANDING DGN SEGALA KESEDIHAN DAN KEHILANGAN NYAWA ANAK-ANAK TERSEBUT.... TETAPI KERAJAAN NEGERI SANGAT PRIHATIN..."


SEMALAM BELIAU TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN PERIBADI SEBANYAK RM500 KEPADA SETIAP KELUARGA MANGSA.....


 MB lebih selesa duduk santai bersila di atas lantai di rumah Samsuri Tan, bapa Mohamad Kamil, salah seorang mangsa kemalangan ngeri menjelang 2012.

 Ketika MB sampai.. Samsuri Tan tiada di rumah kerana ke pekan berdekatan membeli barangan untuk kenduri arwah malam ini.... kedatangan MB sgt dialu2kan oleh isteri beliau (Khadijah Harun) dan anak-anaknya...
Note : Mohamad Kamil adalah anak bongsu Samsuri.




 Sulaiman Din, bapa 2 beradik yang maut dlm kemalangan itu, sebak dan tidak mampu utk meneruskan perbualan.....cuba ditenangkan oleh isterinya, Norakma Othman.....




KEDATANGAN MB JUGA MENYAKSIKAN KEPERITAN HIDUP YANG TERPAKSA DILALUI OLEH KELUARGA SULAIMAN DIN BILA MUSIM HUJAN TIBA.... 




KETUA KAMPUNG TELAH BEBERAPA KALI MEMOHON KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN UTK MENGATASI MASALAH TERSEBUT.... TETAPI TIDAK DIENDAHKAN KERANA KONONNYA TIADA PERUNTUKAN....


***Terima kasih MB di atas kunjungan dan segala keprihatinan. Walaupun lewat (difahamkan semalam beliau ada urusan rasmi di tempat lain dan tidak sempat datang) tetapi kunjungan ini sangat bermakna buat warga kampung ini....