Friday, 9 December 2011
SEBUAH MASJID.... NEGARA KEBAJIKAN DAN BUKU JINGGA....y !!!!!!
Kalau mengikut gegar gempita Buku Jingga yang kini dijaja oleh pakatan pembangkang sebagai modal pilihanraya umum ke 13, Kelantan sepatutnya sudah lama sampai ke bulan dan bintang.
Janjinya dalam 100 hari rakyat di segenap pelusuk akan mendapat segala macam nikmat sekilas lampu Aladin.
Di sebalik semua ini ada yang anggap Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah orang yang sepatutnya merasa berdesing telinga pada Buku Jingga.
Bukan setahun atau dua atau tiga tetapi sudah lebih 20 tahun lamanya cahaya jingga itu belum lagi menyinari Kelantan.
Cakap-cakap itu dirancakkan lagi dengan pengakuan terbuka Timbalan Exco Kelantan, Abdul Fatah Harun, Rabu, bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lampau.
Pengakuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kisah itu sudah menjadi satu rahsia umum.
Apa yang menarik ialah ia satu pengakuan.
Sekurang-kurangnya itulah hasil slogan - Membangun Bersama Islam - yang diagungkan oleh PAS selama ini - hanya sebuah masjid.
Kini PAS sudah beralih arah kepada Negara Berkebajikan - slogan yang ditune agar selari dan seirama dengan rakan politiknya, PKR dan DAP .
Semua orang tahu PAS yang berhajat sangat pada undi bukan Melayu cukup bimbang kalau-kalau nanti Karpal Singh dan rakan-rakannya mengaum lagi.
Hakikatnya siapa yang berani langkah mayat Karpal Singh.
Slogan barunya ini yang diperkenalkan semasa Muktamar PAS yang lalu memang sedap, enak dan syahdu didengar.
Sekalipun sudah terlajak perahu...namun elok juga bos-bos PAS mendengar taklimat mengenai cabaran untuk melaksananya daripada Menteri Besar Kelantan.
Ini kerana setelah mentabir Kelantan sebegini lama beliau masih garu kepala pagi petang siang malam - kerana masih belum mampu membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Air adalah keperluan asas bagi setiap orang. Rakyat Kelantan tahu bagaimana peritnya terpaksa berdondang sayang dengan air paip yang meloyakan.
Cuma Nik Aziz dapat bersyukur panjang kerana ramai penyokong parti itu terus melihatnya sebagai 'Tok Guru'.
Sebuah masjid dan air kotor . Tanda titiknya bukan setakat itu.
Banyak lagi yang boleh diselongkar di sebalik ' Membangun Bersama Islam' yang selama ini tidak lebih daripada slogan politik.
Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Azizan Razak dan Lim Guan Eng sudah lebih tiga tahun memerintah negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Ada apa-apa yang istimewa di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang?
Dengar cerita ramai yang geleng kepala..kerana setakat ini belum nampak apa-apa.
Itu belum lagi selak balik satu per satu manifesto masing-masing yang hebat semasa kempen pilihanraya Mac 2008 dulu. Kalau diteropong pasti tidak ada tempat untuk mereka sorok muka.
Oppss lupa...ada Buku Jingga....kalau menang, 100 hari semua beres.
- AgendaDaily
DAKWA SELEWENG BANTUAN SEKOLAH, MB TRENGGANU SAMAN ADUN PAS, HARAKAH...!!!!
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan menyaman seorang wakil rakyat pembangkang yang didakwa memfitnah beliau berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.
Ahmad memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Khamis bahawa tindakan undang-undang terhadap Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) akan diambil segera kerana dakwaannya itu telah menjejaskan nama baik beliau dan kerajaan negeri.
"Dia mendakwa telah berlaku salah laku dan penyelewengan serta kebocoran dalam kontrak bekalan pakaian sekolah kepada satu syarikat bernilai hampir RM10 juta, setiap tahun selama tiga tahun dengan jumlah keseluruhan kontrak RM28.47 juta dan dikecualikan daripada proses tender, sedangkan dalam laporan Ketua Audit Negara, kontrak hanya satu tahun sahaja iaitu 2009.
"Nilai kontrak sebenar RM7.995 juta sahaja bukannya RM10 juta seperti yang dibohongi itu," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 yang dibentang oleh beliau Isnin lepas.
Bernama melaporkan Ahmad berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai.
Beliau berkata pembohongan itu turut disiarkan dalam kolum Syed Azman, 'Ganu Kite' dalam akhbar Pas, Harakah, edisi 11-13 Nov lepas.
Selain Syed Azman, tindakan serupa juga akan diambil terhadap Harakah, pengerusi dan penerbit Harakah dan semua yang terlibat.
"Saya sudah menghubungi peguam dan tindakan (saman) ini akan diambil dalam masa terdekat," katanya.
SUMBER : agendadaily
SEJAK BILA PAS PRIHATIN MASALAH ORANG MELAYU..???!!!
Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) mendakwa tindakan kerajaan meluluskanRang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin terhadap kepentingan orang Melayu.
Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mendakwa, kerajaan telah membuat keputusan secara terburu-buru tanpa berbincang secara mendalam terlebih dahulu dengan penduduk kampung tersebut.
Malah, dakwanya, kepentingan penduduk kampung seperti dikebelakangkan sehingga suara-suara mereka yang menentangnya ditenggelamkan oleh kuasa Parlimen.
“Justeru DPPK Titiwangsa merasakan wajarlah penduduk kampung bersama SPKB membantah keputusan ini dengan cara menghantar memorandum kepada Sultan Selangor bagi usaha menyelamatkan kampung mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohamad Suhaimi seterusnya mendakwa, isu Kampung Bharu adalah isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat kerana ia mewakili orang Melayu di Kuala Lumpur.
Dakwa beliau, isu Kampung Bharu menjadi kayu ukur atau ‘study case’ terhadap nasib orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi pengajaran bahawa mereka tidak layak tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur dan tempat mereka hanya di kampung-kampung di pedalaman.
Beliau mendakwa, kika ada orang Melayu yang mampu hidup di Kuala Lumpur mereka tidak berhak mendapat tanah sebaliknya mereka hanya layak duduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan.
“Orang Melayu di kampung-kampung lain sekitar Kuala Lumpur juga tidak boleh merasa selamat dengan kedudukan mereka sekarang kerana bila-bila masa tanah tempat mereka tinggal boleh diambil atas pelbagai alasan,” dakwanya lagi.
Pada 5 Oktober lalu media melaporkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 diluluskan malam ini melalui undi belah bahagian dengan menyaksikan jumlah penyokong kerajaan yang bersetuju jauh melebihi daripada undi menentang.
Dalam proses pengundian tersebut, undi penyokong kerajaan berjumlah 72 undi manakala undi pihak pembangkang sebanyak 28 undi. – mynewshub.my
SPRM SIASAT PERINDUSTRIAN PERANCIS ALSTOM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan melakukan siasatan keatas sebarang tohmahan jenayah rasuah jika tohmahan tersebut mempunyai asas seperti yang termaktub di bawah Seksyen 29(3) Akta SPRM 2009.
Malah, SPRM melalui satu kenyataan media memberitahu, SPRM telah memulakan siasatan proaktif berhubung dakwaan yang disiarkan dalam media-media berkaitan dan telah membuat perhubungan dengan pihak berkuasa yang berkaitan di dalam dan luar negara.
“Bagaimanapun SPRM tidak boleh mendedahkan butiran mengenai siasatan yang sedang berlangsung supaya ianya tidak menjurus kepada tanggapan tidak benar ke atas pihak-pihak yang berkaitan.
“Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan SPRM itu sebagai mengulas kenyataan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik yang mendesak supaya siasatan dijalankan SPRM ke atas Alstom berhubung dakwaan rasuah.
Menurut kenyataan itu, SPRM memandang serius terhadap semua dakwaan rasuah dan akan menyiasat tanpa takut atau memilih kasih.
“SPRM juga ingin mengingatkan usahawan dan peniaga-peniaga tempatan yang beroperasi di luar negara supaya sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang perlakuan jenayah rasuah memandangkan penglibatan dalam jenayah rasuah di luar negara juga merupakan satu kesalahan, seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 66 Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu lagi.
Sebuah portal hari ini melaporkan Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara.
Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah “melawat” pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an.
Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan laporan akhbar The Star, dakwa portal itu. – mynewshub.my
Thursday, 8 December 2011
GUAN ENG DAN KAPAL SELAM TAK BOLEH SELAM...!!!
Seperti yang telah dijangkakan, Lim Guan Eng akan menerima tawaran Zahid Hamidi untuk menaiki salah sebuah kapal selam TLDM Malaysia iaitu KD Tun Abdul Razak. Tawaran tersebut dibuat oleh Zahid Hamidi apabila DAP secara berterusan mendakwa kapal selam berkenaan tidak boleh menyelam dan menjalankan rutinnya selaku salah satu aset pertahanan negara.
Bagaimanapun, seperti yang dijangkakan, tawaran tersebut biarpun diterima oleh Lim Guan Eng, akan disambut dengan sinis. Guan Eng tidak akan sama sekali menarik kembali tuduhan yang dilemparkan oleh DAP menerusi mulut Tony Pua yang mana dia sendiri adalah Setiausaha Agung parti berkenaan. Sebaliknya, Guan Eng menggunakan peluang keemasan itu untuk mengukuhkan lagi tohmahan DAP.
Guan Eng mempersoalkan mengapa kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pertahanan mengambil masa selama 21 bulan untuk membuktikan kapal selam tersebut boleh menyelam apabila mempelawanya belayar bersama-sama kapal berkenaan. Kata Guan Eng, tawaran selepas 21 bulan tersebut mengesahkan bahawa kapal berkenaan memang tidak boleh menyelam. (BACA DI SINI)
Maka timbullah persoalan, apakah sebenarnya Guan Eng ingin mengatakan bahawa dia merupakan orang yang boleh mengesahkan yang kapal selam berkenaan memang boleh tenggelam dan menyelam? Dengan kata lain sebarang pembelian aset pertahanan perlu melalui Lim Guan Eng terlebih dahulu?
Sememangnya DAP cuba mendapatkan butiran tentang sistem pertahanan dan persenjataan negara menerusi ulah dan onar mereka. Tony Pua merupakan tentera Lim Guan Eng yang berusaha agar Kementerian Pertahanan mendedahkan kekuatan senjata mereka. Sehinggakan senjata atau peluru berpandu jenis apa yang digunakan oleh tentera Malaysia juga perlu didedahkan kepada awam.
DAP lebih banyak dilihat sebagai agen tentera atau negara asing berbanding sebagai sebuah parti politik yang bertanggungjawab untuk memajukan negara ini serta membela rakyatnya. Tindak-tanduk DAP tidak memperlihatkannya sebagai sebuah parti politik, sebaliknya sebagai sebuah collaborator asing yang sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta mendedahkan sistem persenjataan negara kepada awam.
Bukan satu perkara yang menghairankan apabila DAP mengungkit atau menghalang pembelian persenjataan dan sistem pertahanan yang lebih baik berbanding negara jiran yang terletak di hujung tanah. DAP seolah-olah tidak mahu Malaysia menyaingi negara itu dalam sistem persenjataan dan sistem pertahanan.
SELANJUTNYA... KLIK DI SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)














