Showing posts with label ROKOK. Show all posts
Showing posts with label ROKOK. Show all posts

Friday, 27 July 2012

PEROKOK MEMANG TIDAK PERCAYA NI...!!!!



AWAS MEROKOK SEJURUS BERBUKA PUASA BOLEH MEMBAWA MAUT!!!


Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.



Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.

-Agensi

Sunday, 12 February 2012

BERHENTILAH MEROKOK..!!!


Kira-kira 20 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia didapati merokok, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menyedari perkara tersebut, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memperhebatkan lagi kempen berhenti merokok pada tahun ini.
“Kempen ini perlu diperhebatkan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara ini,” katanya pada majlis Perasmian Karnival Kesihatan di sini.
Mengulas lanjut. Tiong Lai berkata,  antara rancangan dalam kempen itu kelak adalah menyarankan setiap pesakit di klinik dan hospital kerajaan mengikuti program berhenti merokok.
Menurut beliau, program secara percuma yang akan diadakan bermula pada tahun ini tersebut diharap membantu perokok mengurangkan ketagihan mereka.
Jelas beliau, perokok yang berjaya mengurangkan tabiat merokok akan dapat merendahkan kebarangkalian mereka menghidap penyakit tidak berjangkit. – mynewshub.my

***Bau mulut perokok sama ada tegar tidak... memang sgt memualkan!!!!! Bikin aku keluar 'muntah hijau' !!!!!