Showing posts with label PSC LYNAS. Show all posts
Showing posts with label PSC LYNAS. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

LYNAS : PEMBANGKANG KECOH, JADIKAN DEWAN RAKYAT MACAM PASAR..!!!

 


Tak payah nak goreng panjang-panjang, sebab utama pembangkang tolak PSC untuk Lynas kerana jika PSC tersebut dijalankan, pembangkang perlu kemukakan pakar nuklear untuk sokong hujah mereka.

Persoalannya, ada ke pakar nuklear yang bodoh sangat  nak kata Lynas tu berbahaya?

Kalau benar Lynas berbahaya, sudah pasti Ahli Parlimen Hulu Langat yang merupakan pakar nuklear dari PAS yang akan menjadi jurucakap pembangkang dalam PSC tersebut.

Ada korang tengok Ahli Parlimen Hulu Langat dalam sidang media dalam gambar di atas?

***Dah nama pun pembangkang.... akan terus membangkang sampai ke liang lahad!!! Hatta perkara yg baik pun.... tetapi bagi mereka walaupun perkara busuk berulat.. semuanya indah dan halal belaka!!!


Saturday, 17 March 2012

LYNAS : APA FUNGSI PSC..???

 

IPOH  — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti berhubung isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, merupakan proses penglibatan bersama dengan orang ramai bagi memastikan mereka memahami perkara itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib projek itu.

"Ia perlu dilakukan melalui proses penglibatan dengan orang ramai dan bagi mereka (PSC) meneliti semua aspek projek itu terutama faktor keselamatan dan sebarang ancaman yang mungkin timbul kepada kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa yang menelan kos RM9 juta, di sini.

Laporan menyebut bahawa Kabinet yang bermesyuarat semalam memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.- BERNAMA