Showing posts with label PAS KEDAH. Show all posts
Showing posts with label PAS KEDAH. Show all posts

Monday, 25 June 2012

MB KEDAH AKUI LULUSKAN 4 LESEN PUSAT HIBURAN


Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat berkenaan adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

“Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan,tatasusila dan sensitiviti kaum.” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat hiburan ‘secara berleluasa’ di negeri ini.

Azizan berkata,untuk rekod di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula selepas lama tidak beroperasi.Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.Azizan berkata,semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.

“Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya pusat hiburan baru terbesar di Mergong,Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. – BERNAMA

Wednesday, 21 March 2012

BENARKAH??!! ULAMA PAS KEDAH MERAJUK....JADI BONEKA GARA-GARA TAK DAPAT PROJEK BALAK..?????????

 

Mungkin orang tak tahu mengapa seorang Ahli Parlimen telah kecewa dengan PAS Kedah sehinggakan menimbul tanda tanya.. Kekecewaan Ahli Parlimen berkenaan telah membuat Ahli Pahlimen berkenaan jarang-jarang sekali balik ke kawasannya. Hanya untuk menunjukan protes terhadap kepimpinan Azizan MB Kedah.. Kekalahan ustaz Taib kepada Cikgu Johari dalam pemilihan Timbalan YDP di Kawasan baling, menjadi titik permulaan segala rasa kekecewaan ustaz Taib dalam pentadbiran selaku Ahli Parlimen Baling. Sebagai seorang yang berstatus Ulama tidak mendapat sokongan dari akar umbi, berbanding dengan lawanya yang masih baru dalam pentadbiran PAS di Baling.


Dari sumber maklumat yang di berikan,  Ahli parlimen berkenaan kecewa dengan sikap Azizan MB Kedah berkenaan Projek Balak.  Ahli Parlimen berkenaan bukan kecewa dengan pembalakan di kawasannya yang berleluasa, tapi kecewa tak dapat tender projek balak.  Ahli Parlimen berkenaan pernah berjumpa dengan Azizan MB Kedah untuk meminta projek berkenaan, malangnya Azizan tak boleh membuat keputusan dan berkata Tender Balak bukan terletak di tanggannya, tapi sebaliknya terletak di tangan orang yang rapat dengannya dan menjadi orang tengah dalam tender projek balak Kerajaan Negeri Kedah.