Showing posts with label MESIN ATM. Show all posts
Showing posts with label MESIN ATM. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

SENARAI ATM YANG TELAH BERJAYA DIGODAM

Inilah wajah penggodam mesin ATM dipercayai warganegara asing yang melesapkan wang ratusan ribu ringgit

KUALA LUMPUR - Berikut senarai 17 kes Mesin Teler Automatik (ATM) yang digodam dipercayai sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas, yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur.

Thursday, 23 August 2012

'PAK GUARD' SUSPEK UTAMA KEBANYAKAN KES KECURIAN ATM



KUALA LUMPUR: Polis mencatatkan kejayaan dalam penyiasatan mereka berhubung kecurian mesin pengeluaran automatik (ATM) di Lembah Klang.
Mereka percaya kebanyakan kes dilakukan oleh kakitangan yang berkhidmat di syarikat keselamatan yang memindahkan wang ke ATM dan juga bekerja sebagai juruteknik dan mekanik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datik Ku Chin Wah berkata, mereka merupakan suspek utama kerana kecurian dilakukan dengan pakar tanpa membuatkan penggera berbunyi.

Monday, 2 July 2012

SUSULAN KECURIAN RM1.17 JUTA DARI 4 MESIN ATM, WARGA MESIR DITAHAN...

Hiasan


Polis menahan seorang lelaki warga Mesir hari ini bagi membantu siasatan kes kecurian wang tunai berjumlah RM1.17 juta dari empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1 pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata warga Mesir yang berumur 31 tahun itu ditahan pada jam 10 pagi tadi di tempat kerjanya di salah sebuah kedai di pasar raya tersebut.



"Pemeriksaan forensik polis hari ini mendapati kumpulan yang melarikan wang ATM itu terdiri daripada enam orang, dan dipercayai kumpulan warga asing yang ada kepakaran membuka mesin ATM," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.