Showing posts with label MENIPU. Show all posts
Showing posts with label MENIPU. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

'PAK SHEIKH' MENGAKU AL-HAFIZ TAPI BACAAN DALAM SOLAT TIDAK BETUL....!!!

MENIPU...Sheikh terbabit berbual dengan AJK surau.
MENIPU...Sheikh terbabit berbual dengan AJK surau.

SUSPEK...lelaki terbabit yang diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran. 
SUSPEK...lelaki terbabit yang diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran.

KUALA LUMPUR  :   Kemahirannya ‘menjual air liur’ kononnya bergelar hafiz dan mempunyai pendapatan lebih RM100,000 sebulan membuatkan seorang lelaki diberi kuasa dan dijulang dengan penuh hormat oleh kariah masjid dan surau.

Menggelarkan dirinya ‘Sheikh’, lelaki yang mengaku berusia 31 tahun dari Terengganu itu dilantik menjadi pengerusi masjid dan surau, malah mengislamkan seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan jawatankuasa surau yang terpedaya dengan temberang kehebatannya.

Dia juga diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran.

Namun, tembelangnya pecah apabila seorang hafiz sebenar menjadi makmumnya ketika solat dan menyedari kesalahan ayat dibaca lelaki terbabit, lalu menegurnya.

Bertitik tolak daripada itu, jawatankuasa surau satu kawasan perumahan di Kepong mula melakukan siasatan dan akhirnya mendapati Sheikh itu menipu mereka dan sejak itu dia tidak lagi kelihatan di situ.

Friday, 29 June 2012

'DATUK' GUNA SPDM PALSU UNTUK KAUT KEUNTUNGAN

TIPU...Roshazreel menunjukkan logo kepala surat yang palsu (kiri).

PUTRAJAYA: Pertubuhan Sukarelawan Pencegahan Dadah Malaysia (SPDM) mendapati ada individu menyalahgunakan nama dan memalsukan logo pertubuhan itu pada kepala surat ditandatangani seorang bergelar ‘Datuk’ bagi memperdayakan pihak tertentu, sekali gus mengaut keuntungan mudah daripada sumbangan orang ramai.

Yang Dipertua SPDM, Roshazreel Roslan berkata, beliau menyedari perbuatan individu terbabit selepas menerima panggilan telefon daripada seorang kakitangan sebuah bank yang memaklumkan mengenai penerimaan e-mel daripada pertubuhan itu bagi menukarkan nama akaun sumbangan ke atas nama Pengurusan SPDM baru-baru ini.